Wednesday, 31 August 2011
UKHUWAH
Ukhuwah yg dibina atas nama Allah tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi.Tetapi akan selalu berkongsi airmata di kala suka dan duka.Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam.Keceriaan sahabat bagai pelangi yang tidak akan hilang.Kehilangan sahabat bagai kehilangan permata termahal di dunia. Itulah sunnah jalinan ukhuwah pejuang agama.Ukhuwah fillah.....
GANJIL/BAIK @TIDAK.
Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)
»
syahirul.com
maka beruntunglah orang orang yang ganjil :’)
:)
(Source: nurfaehsan)

SEPETANG DI PUSARA
Seorang ibu menziarahi pusara anaknya. Bersama linangan air mata. Terdengar sayup-sayup suaranya yang menyatakan cinta pada Allah Yang Maha Esa. Mengirimkan kasih yang menebal di dada pada anak yang telah tiada.
Dalam suasana hening itu, surah Yassin dialunkan dengan penuh tertib. Tersentuh hati kecil ini yang turut sama menemani si ibu di pusara.
Terdetik di hati, apakah habuan yang ada untukku nanti? Allahu Akbar, apakah agaknya situasi yang akan aku tempuhi? Bergetar rasa di hati, bila mengenangkan mati yang makin menghampiri.
Melihat situasi yang Allah aturkan buat si adik yang telah pergi, hati rasa bahagia sekalipun kehilangannya benar-benar terasa. Saat menghadapi sakaratul maut, ibu tercinta ada di sisi. Dibelai dan diusap dengan kalimah-kalimah suci. Hingga perginya dengan aman sekali. Subhanallah, berbahagialah kamu, wahai adikku.
Informasi iluvislam.com
Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Suatu waktu, pasti ibu dan kakak akan menyusulmu. Sebagaimana kau telah menemani abah di sini. Begitu juga dengan yang lainnya. Setiap daripada kita telah berjanji pada Pencipta diri. Janji yang tidak dapat kita lari. Janji yang pasti kan termetrai, cuma bila dan di mana itu yang tidak pasti. Hanya Yang Menguasai mengaturnya tanpa kita sedari.
Adikku,
Rintik-rintik hujan mula menyimbahi bumi,
Kakak dan ibu terpaksa pergi,
Insya-Allah, jika punya usia kakak dan ibu pasti ke sini lagi,
Yang pasti kalungan doa buatmu dan abah serta muslimin muslimat yang lainnya akan sentiasa mengiringi,
Moga persinggahan kalian di sini,
Persinggahan yang mewangi,
Merehatkan diri daripada kekalutan duniawi,
Sementara menantikan hari kebangkitan yang dijanjikan Ilahi.
Sesungguhnya janji Allah itu benar, dan suatu waktu hamba yang dijadikan-Nya akan berkubur jua. Tiada lagi kehebatan dunia, sebaliknya kematian itulah kenyataan, kenyataan yang sering dilupai hamba yang bergelar insan. Astaghfirullah.
"Al Fatihah, buat semua muslimin muslimat yang telah tiada."
HIKMAH BERZIKIR
Selepas solat Subuh di masjid tersebut, masjid tersebut mengadakan majlis berzikir sehingga jam 8.00 pagi.
Sememangnya pada permulaannya kita akan rasa malas untuk berzikir, tetapi ketika aku berada di rumah dalam tempoh masa yang agak lama kerana sedang menunggu keputusan SPM cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.
Beberapa minggu selepas itu, aku terasa ada kelainannya sejak aku join majlis berzikir tersebut.
Antaranya ialah, kebiasaanya selepas solat Subuh aku akan terus tidur walaupun sukar untuk melelapkan mata.
Tetapi sejak aku turut serta dalam majlis zikir tersebut, aku sudah tidak lagi tidur selepas subuh. Aku akan cuba berzikir dan mengingati Allah.
Aku pelik juga kenapa dan bagaimana aku boleh mendapat kekuatan sebegitu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir daripada sudut sains ini.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otakku ketika itu mula memahami perkara baru, dan mula melihat daripada perspektif berbeza. Aku juga menjadi semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum mengamalkan zikir otak tidak sebegini.
Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud: "Orang yang berzikir kepada Allah ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau di tengah-tengah pepohonan yang kering."
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!
PILIHLAH YAG TERBAIK
Saya hanya tersenyum apabila membaca soalan ini. Saya pantas membalas pertanyaan sebentar tadi. "I love my life and I live my life."
Dalam masa itu, saya berfikir, mengapa perlu seseorang membenci kehidupannya? Hanya kerana kehidupannya tidak seindah yang diimpikan, hanya kerana kehidupannya sentiasa ditemani awan mendung maka terus mengambil jalan mudah.
Membenci setiap situasi yang hadir menganggu hidupnya, tidak mengambil inisiatif untuk mencari kebahagiaan, kemudian hidup dalam penuh kekecewaan lalu berputus asa dengan setiap perkara. Tiada pilihan lainkah?
Pada saya, sebenarnya kita mempunyai PILIHAN. Pilihan untuk BAHAGIA ataupun untuk SENGSARA.
Secara jujurnya, saya ingin katakan. Walaupun saya dapat apa yang saya inginkan, misalnya menyambung pengajian dalam bidang yang saya inginkan selama ini, sebenarnya sebelum itu saya telah menemui awan mendung dahulu.
Awan mendung itulah yang telah membawa kepada siapa saya pada hari ini, awan mendung itulah yang telah mencorak saya menjadi matahari dan kemudian timbul sinaran pelangi yang indah.
Adakalanya pelangi tidak timbul, namun saya berusaha untuk mencari pelangi. Kerana apa? Kerana saya telah membuat pilihan untuk bahagia. Saya telah memilih untuk bahagia.
Anda bayangkan, suatu hari, anda meredah hutan untuk menikmati keindahan alam semulajadi bersama beberapa orang sahabat baik anda. Destinasi anda adalah sebuah air terjun semulajadi yang cantik dan terpelihara.
Sebelum sampai ke air terjun berkenaan, anda dan sahabat-sahabat anda melalui denai hutan untuk ke sebuah air terjun. Dalam perjalanan anda dan sahabat-sahabat anda berhenti untuk mengambil beberapa gambar keindahan flora dan fauna.
Anda telah menjumpai beberapa spesis flora yang indah, yang anda tidak akan jumpa di tempat tinggal anda. Anda menjumpai bunga Rafflesia, dan CLICK ! Anda menangkap gambar bunga itu. "Ohh, camni rupanya bunga Rafflesia! Besar dan unik!"
Dalam anda kaget melihat bunga Rafflesia, tiba-tiba salah seorang sahabat anda menjerit memanggil nama anda. Anda berlari ke arah suara sahabat anda. Sahabat-sahabat anda yang lain juga turut berlari menuruti anda.
Setibanya anda pada sahabat anda yang menjerit tadi, anda berhenti kerana terkejut, anda melihat sahabat anda sedang berhadapan dengan lima ekor musang berwarna hitam yang sangat besar.
Sahabat-sahabat anda yang lain yang menuruti anda sebentar tadi telah lari menyelamatkan diri masing-masing. 'Tak guna punya member!'
Sahabat anda yang dalam kesusahan itu merayu untuk diselamatkan. Dia menangis dan terketar-ketar. Anda memang hendak tolong dia, tapi anda keseorangan.
Tenaga anda tidak cukup untuk melawan lima ekor musang hitam yang besar lagi bengis itu. Apa anda hendak buat?
Anda sedang berfikir untuk meninggalkan sahabat anda yang sedang dalam ketakutan itu dan lari selamatkan diri anda sendiri. Dalam pada masa yang sama, anda kasihankan dia dan jika anda lari, anda akan mengkhianati dia sebagai seorang sahabat.
Anda juga akan sama taraf dengan sahabat-sahabat anda yang pentingkan keselamatan diri sendiri sahaja, yang lari menyelamatkan diri masing-masing.
Sememangnya situasi ini menguji persahabatan dan keselamatan anda dan sahabat anda. Anda dalam konflik.
Teriakan dan tangisan sahabat anda semakin menjadi-jadi, anda semakin cemas kerana tidak pasti jalan mana yang harus anda pilih. Lari atau bantu sahabat anda, dalam situasi tegang ini.. tiba-tiba pandangan mata anda terlihat sebatang sungai dan di tebing sungai itu ada banyak batu.
Secara automatiknya anda berlari ke arah sungai dan mengutip sebanyak mungkin batu sungai yang ada. Batu kecil, besar, semua anda sapu.
Kemudian anda berlari sepenuh hati ke arah kawanan musang bengis itu lalu dengan penuh keyakinan (buat-buat berani), anda mencampakkan batu-batu itu sekuat kudrat anda ke arah kawanan musang bengis itu. Mulanya anda tidak berjaya mencampakkan batu-batu itu ke arah mereka. Mereka juga melawan.
Dalam pertarungan anda melawan musang-musang bengis, anda telah berjaya melakukan balingan tepat ke arah lima-lima ekor musang bengis itu. Seekor demi seekor musang bengis tumbang. Tiga ekor pengsan manakala dua ekor lagi berlari ke arah denai hutan.
Anda gembira kerana berjaya menewaskan musang-musang bengis tadi. Terasa satu bebanan hilang begitu sahaja, anda rasa kembali bebas dan tiada rantai merantai anda lagi. Dalam kegembiraan anda, sahabat anda yang dalam ketakutan tadi jatuh pengsan.
Anda menyedarkan dia dengan memercikkan air sungai ke atas muka dia. Sementelah sahabat anda tersedar dari pengsan, dia mengucapkan terima kasih kepada anda dan memuji keberanian dan kesetiaan anda.
Jelasnya di sini, sebenarnya dalam hidup kita sentiasa mempunyai pilihan, kita sahaja yang tidak nampak kerana sibuk memikirkan konflik yang melanda akhirnya menemui jalan kebuntuan lalu membawa kepada kegagalan dan kekecewaan.
Ibaratkan ada banyak pintu bilik di hadapan kita, kita tak tahu dan tidak pasti.. pintu bilik mana yang kita nak masuk. Adakalanya kita tersesat masuk pintu bilik lalu kita terkunci dari luar.
Jika anda tidak berusaha mencari jalan keluar, maka anda akan terus terperangkap dalam bilik itu selama-lamanya.
Carilah sesuatu dalam bilik itu yang akan membebaskan anda. Pasti ada sesuatu yang anda boleh gunakan sebagai jalan keluar untuk anda dari bilik itu.
Pilihah untuk menemui kebahagiaan dan jangan memilih untuk sengsara. Semua pilihan terletak dalam tangan anda. Orang lain tidak akan memilih untuk anda. Pilihlah kebahagiaan dan pilihlah untuk sentiasa berjaya.
-Artikel iluvislam.com
Saturday, 27 August 2011
BALEK KAMPUNG
Kemarin kami sekeluar balek ke kampung di Lenggong Perak.Sebelum balek kami bersalama-salaman dengan keluarga di Perlis.Kami bertolak pada pulul 10.30 pagi dengan kereta persona baru anakku Mohd Syafiq.Selalunya kami naik kereta baru berempat beranak tanpa ayah mereka. Bila balek ni ayah depa dok di sebelah,syafiq kena jadi pemandu yang berhemah . Bila laju sikit syafiq kena tegur,nak tergelak dibuatnya. Tapi bagus juga rasa tenang berada dalam kereta. Ayah depa kata buat apa nak cepat2 sangat,lambat2pun samapai juga.Tapi faham2 le depa semua nak cepat sampai rumah nak jumpa kaum keranat terutama opah kesayangan mereka.Kami hanya berhenti d gurun untuk ke tandas. Kami teruskan perjalan sehinggalah sampai di Lenggong lebih kurang pukul 2.15 petang.Gembiranya opah menyambut kepulangan kami walaupun dalam keadaan kurang sihat.Biasa le dah tua macam2 sakit.Tapi satu yang aku puji dalam kurang sihat tu rumah ibuku kemas dari ruang tamu sampailah ke dapur.Memang beliau tidak suka rumah yang berserabu,tidak kemas.Berbeza dengan diriku bila diserang sakit,aku terbaring tanpa mempedulikan keaadaan rumahku.Apa yang ku cakap bila sakitku parah.Kalau sakit tidak teruk aku pun tidak suka rmah tidak kemas,aku buat juga disamping pertolongan suamiku yang tercinta.
Di Lenggong kami ada rumah sendiri.Selalunya kami akan kemas sendiri. Tapi memandangkan kami sekeluarga kurang sihat,aku meminta ibuku carikan orang untuk membersihkan rumahku.Alhamdulillah bila masuk ke rumah ,keadaan bersih,rasa lapang ,tidaklah terbatu dengan habuk seluruh rumah. Kami berbuka di rumah kami sendiri.Sebelum tu lebih banyak masa lepak kat rumah ibuku,bersembang dengan kakak,adik2 dan kakak ipar bermacam2 cerita.Malam solat terawih kat surau berhampiran rumah ibuku. Meriahnya...
Rumah kami di Lenggong
No. 24 Tmn Sri Adika Raja Meor Yahya,
33400.
Lenggong ,Perak.
LENGGONG DIKENALI SEBAGAI BANDAR PRA-SEJARAH.
Friday, 26 August 2011
REZEKI LANGIT RAMADHAN
Ramadhan 1432 Hijrah
Hawa spontan menutup hidungnya sebaik terbaukan sesuatu yang menusuk apabila seseorang masuk ke dalam pejabat milik Sakina Holding itu. Bau itu tidaklah tengik seperti bau pekerja warga asing yang baru pulang dari kerjanya di kilang, tetapi Hawa arif sangat tentang bau yang satu ini. Bau rokok!
Hawa memanjangkan leher, cuba meninjau gerangan insan yang baru menerobos ke dalam pejabat petang itu.
‘Ah Adam rupanya…’ Hawa mendengus.
Adam segera menghampiri meja Hawa dan tersengih ke arahnya. Adam, jejaka yang beraut kacak, namun agak selekeh dengan jambang yang tidak dicuku
“Hai Hawaku, dah makan?” Adam bersandar di sebelah penghadang di tepi meja Hawa sambil memeluk tubuhnya.
“Apa makan-makan? Kan sekarang bulan puasa!” Hawa membentak, malas hendak melayan Adam yang sering mengusiknya tidak berhenti. Pandangannya langsung tidak dikalih ke arah Adam, kerana tahu makin dilayan jejaka itu, makin liat dia hendak beredar ke tempatnya. Mentang-mentanglah bos outstation, memanjang aja dia mengular di tempat orang lain.
Adam tersengih macam kerang busuk.
“Ala, tahulah. Manalah tahu, kot-kot orang tu cuti hari ni.”
Hawa terhenti dari menaip sesuatu di komputernya, pandangannya segera dilempar ke arah Adam, tajam.
“Encik Adam, kalaupun saya cuti, saya cuti sebab Allah bagi, bukan senang-senang suka hati bercuti tanpa ada sebab yang munasabah.”
“Amboi garangnya… tapi makin garang, makin lawa pulak aku tengok.”
“Dah-dah. Syuh-syuh, bau rokok la! Busuk!” Hawa mengibas-ngibaskan tangannya seolah sedang menghalau, tidak tahan lagi dengan bau rokok yang makin menyengat hidungnya.
Adam berdiri tegak sambil memandang kiri dan kanannya.
“Bau rokok datang dari mana pulak? Siapa yang tak puasa ni hah?” sengaja dia bersuara dengan kuat supaya dapat didengari orang lain.
‘Bikin hangin betul mamat ni. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pulak!’ Hawa mencebik.
“Awak tak payah tanya orang lainlah, kan awak yang tak puasa!” Hawa tidak puas hati, baik dia sound direct je mamat ni.
“Eh, tak baik tuduh Hawa, aku puasalah. Sampai hati kata aku tak puasa. Kecik hati perut aku.” Adam mengusap perutnya dengan wajah sedih.
“Memanglah awak puasa makan, tapi rokok, awak tak puasa…”
Adam cuma tersengih lagi, sebelum berlalu ke tempatnya, tidak tahu membalas apa kerana itu memang kebenarannya.
———————————————-
Pelik! Memang pelik dunia ni. Ah bukan dunia yang pelik, tapi kaum lelaki. Kenapa susah sangat nak puasa? Apa hebatnya rokok sebatang tu, sampai sanggup tinggalkan suruhan Allah semata-mata kerana tak sanggup nak tinggalkan rokok nan sebatang itu? ah dunia.. dunia..
Hawa menggeleng-geleng kepalanya apabila teringatkan perlakuan Adam dan juga beberapa orang lagi rakan sepejabatnya yang berjantina lelaki. Sampai sekarang Hawa tidak mengerti, kenapa susah sangat nak puasa?
“Hah! Termenung apa Hawa?” Anim yang datang entah dari mana, menyergah membuatkan Hawa terkejut, pantas dia mengurut dadanya.
“Kus semangat kau ni Anim. Kalau mati terkejut aku tadi, tak sempat nak raya tau!”
Hanim tergelak kecil.
“Tak sempat nak raya tak apa lagi. tak sempat nak buka puasa? Haru nanti.” Anim menyambung tawanya.
“Tapi…” Hawa tiba-tiba bertukar nada.
“Kalau mati bulan puasa pun, selamatlah dari seksa kubur kan?”
“Ish kenapa kau cakap macam tu? Orang baik, alim bagaikan ustazah macam kau ni pun fikir pasal seksa kubur? Lainlah macam aku yang perangai entah apa-apa ni…”
“Ish tak baik kau cakap macam tu Anim. Baik buruk kita kan Allah saja yang tahu, kau bukannya tahu berapa banyak pahala aku, berapa banyak dosa. Yang penting kita kena usaha untuk perbaiki diri kita. Kalau kita rasa kita banyak dosa, kita taubat, dan cuba menjadi hamba-Nya yang terbaik.”
Anim menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Alamak, keluar dah ceramah dari ustazah. Baik aku lari dulu.” Anim bergegas duduk ke tempatnya semula, panas telinga mendengar kata-kata Hawa.
“Anda buat, anda dapat!” Hawa sempat berpesan kepada Anim sebelum tersenyum sendiri.
————————————————-
“Hawa, jom!” Adam tiba-tiba muncul sekali lagi petang itu, saat Hawa sedang berkemas untuk pulang. Wajah Adam dipandang dengan penuh tanda tanya.
“Pergi mana?”
“Bazar Ramadhan la. Dengar cerita dekat Seberang Jaya banyak jual ikan bakar. Pergh! Menceceh air liur! Mantopp!” Adam menunjukkan tanda bagus.
“Eleh, puasa pun tak, sibuk nak pergi bazar Ramadhan.” Hawa menjuihkan bibirnya.
“Ala, esok aku puasa la Hawa. Hari ni aku terlupa niat…” Adam menerangkan tanpa rasa bersalah.
“Kalau terlupa niat, memang kira tak sah puasa. Tapi tak boleh makan dan minum jugak, macam orang berpuasa.”
“Eh aku mana makan dan minum, aku hisap rokok sebatang je. Buat syarat tak puasa.”
“Ah! Sudahlah Adam. Stress saya cakap dengan awak ni, ikut mazhab mana pun saya tak tahu. Dahlah, saya nak balik. Assalammualaikum.”
“Eh Hawa, Hawa. Tunggulah aku!” Adam memanggil Hawa yang sudah berlalu setelah menggapai beg tangannya.
——————————————————————–
“Mari beli kak! Mari beli adik manis…” suara peniaga bersahut-sahutan memanggil pengunjung untuk singgah ke gerai mereka di bazar Ramadhan itu. Keadaan tika itu sangat padat dengan pengunjung memandangkan jam sudah menunjukkan ke angka enam setengah petang.
Hawa berjalan sendirian, mencari gerai nasi kerabu yang diidamkannya hari ini. Saat terpandang saja solok lada yang kelihatan di atas meja salah satu gerai di situ, Hawa jadi kecur liur, tahu bahawa gerai itu pasti menjual nasi kerabu yang dicarinya sedari tadi.
“Kak, nasi kerabu satu, letak ayam bakar, solok lada, bawang putih jeruk, dan telur masin ye.” Hawa bersuara girang, gembira kerana hajatnya tercapai. Asyik makan nasi putih je hari-hari, sekali sekala best jugak bila pekena nasi kerabu!
“Jual…” wanita lewat tiga puluhan yang berniaga di gerai nasi kerabu itu segera berkata sebaik bungkusan nasi kerabu itu bertukar tangan, sambil Hawa menghulurkan wang.
“Aduh..” Hawa mengaduh sebaik bahunya berlanggar dengan seseorang saat dia ingin berlalu dari gerai itu.
“Eh Hawa, tak sangka jumpa lagi kat sini. Ada jodoh sungguh kan?” Adam tersengih-sengih, tangannya sedang menjinjing beberapa beg plastik yang berisi pelbagai jenis juadah.
“Kata nak pergi bazar Ramadhan Seberang Jaya. Kenapa datang sini?” Hawa menyoal, bukan kerana seronok dengan pertemuan tidak disangka ini, tetapi kerana geram sebab dia dah berusaha untuk mengelak dari bertemu dengan Adam, dengan singgah ke bazar Ramadhan lain dari bazar Ramadhan Seberang Jaya yang asyik dicanang-canangkan Adam sedari tadi.
“Oh, tak sempat, kat sini dekat lagi. tadi sibuk buat kerja, sampai terlambat.” Adam menggaru-garu kepalanya.
“Hmm. Oklah. Assalammualaikum.” Hawa cepat-cepat berlalu, enggan berlama dengan Adam lagi. Kang orang ingat mereka suami isteri pulak, haih mintak simpang la.
—————————————–
Adam masuk ke dalam pejabat dalam keadaan tertinjau-tinjau, memerhati jika ada sesiapa di laluan koridor. Hawa yang terperasankan gelagat pelik Adam itu cepat-cepat menyorok di sebalik penghadang dan memerhati Adam senyap-senyap.
Adam pantas berjalan menuju ke arah pantri sebaik dirasakan laluan itu selamat. Beg sandangnya dibawa bersama hingga ke dalam pantry.
Hawa mula syak sesuatu, setelah beberapa minit Adam di dalam pantri, barulah Hawa menyusul. Sengaja mahu mengkantoikan jejaka itu.
“Hah! Tak puasa lagi!” Hawa menyergah sambil bercekak pinggang membuatkan Adam yang baru hendak menyuap tosai ke dalam mulutnya, tersedak.
“Ish kau ni Hawa, nak tercekik aku ni.”
“Padan muka..” Hawa mencebik.
“Apa pulak alasan awak kali ni?”
“Aku terlepas sahur la Hawa. Aku ni ada gastrik, kang aku masuk hospital, siapa yang susah? Kau jugak.”
“Ah sudahlah Adam. Saya dah malas nak dengar alasan awak. Entah-entah esok awak cakap awak datang bulan pulak. Huh!”
“Mungkin.” Adam tersengih.
“Dah lah, saya tak mahu bersubahat, tak pasal-pasal saya tanggung dosa sama. Kalau pejabat agama cari, saya terus terang je awak tak puasa.”
“Eh janganlah macam tu Hawa.”
Hawa menjeling sebelum keluar dari pantri, tak sanggup melihat perlakuan sumbang Adam di bulan Ramadhan nan mulia itu.
—————————————————————
“Haish, garang sungguh. Tapi I like!” Adam tersenyum sendiri, teringatkan Hawa yang sejak dulu bertakhta dalam hatinya. Cuma gadis itu saja yang jual mahal.
“Kalau kau nak tenung Hawa sampai tembus penghadang meja dia tu, baik tak payah.” Anim yang memerhati Adam sedari tadi pantas menegur.
“Ish, kau ni, sibuk jelah.”
“Kau tu mana layak dengan dia, Adam. Dia tu stok-stok alim, calon menantu idaman pak haji, mak hajah nun. Bukannya macam kau, haprak.”
“Wei, cakap baik sikit eh. Aku cepuk karang.” Adam menggawangkan penumbuknya seolah mahu menumbuk.
“Hah! Berani buatlah. Reject terus Hawa kalau nampak kau buli perempuan yang lemah macam aku ni.”
“Ceh, lemah konon, gaya dah lebih dari lelaki je aku tengok.” Adam memerhati Anim atas bawah yang berpakaian sebijik macam gaya Adam berpakaian, rambutnya jugak dipotong pendek ala tentera.
“Aku ni luaran je kasar, hati perempuan jugak.”
“Tau pun perempuan. Jadi pakailah macam perempuan, baru orang suka. Pakai tudung semua elok-elok. Macam Hawa.”
“Aku ni pakai macam ni pun, tak pakai tudung ke hape ke, aku puasa jugak, bukan macam kau. Harap muka je handsome, tapi tak puasa. Lagi teruk!”
“Kau puasa sebab apa?”
“Sebab Allah suruh la.”
“Habis, Allah tak suruh pakai tutup aurat ke? Ada kan? Kenapa kau tak tutup?”
“Ah bisinglah kau, jangan berlagak alim boleh tak. Diri sendiri tak betul, nak perbetulkan aku pulak.”
“Hmm, kan elok kalau sama-sama perbetulkan diri masing-masing.” Hawa yang tiba-tiba muncul, membantutkan perbalahan keduanya.
Hawa tersenyum sinis. Dari tadi dia mendengar kekecohan yang berlaku antara Adam dan Anim hingga hilang konsentrasinya untuk bekerja.
“Ada ilmu tapi tak amal, tak guna jugak, macam pohon rendang tak berbuah.” Hawa lembut berbicara sebelum kembali ke tempatnya semula. Anim dan Adam saling berpandangan dan menyalahkan antara satu sama lain dengan bahasa isyarat.
————————————————————-
“Hah! Ada orang datang merisik Hawa?” Adam tidak tentu arah saat Anim, musuh merangkap teman baiknya itu memberitahu. Hatinya dirundung pilu, insan pujaannya mahu dikebas orang.
“Aah, dia beritahu aku tadi, hari Ahad lepas ada orang datang merisik. Itulah, aku dah cakap dah. Dia tu menantu idaman, dia cakap dia nak dijodohkan dengan anak imam besar masjid taman perumahan dia tu. Lulusan Universiti Al-Azhar lagi.”
Adam mengetap bibirnya.
“Kalau banding dengan kau yang puasa pun tidak ni, memang macam langit dengan bumilah. Kau dah kalah sebelum bertanding lagi.”
“Tidak!! Hawa!! Hawa hanya untuk Adam! Bukan untuk orang lain!” Adam terjerit kecil membuatkan seisi pejabat merenungnya. Mujur Hawa tiada kerana ke tandas saat itu, kalau tak mesti Adam dah kantoi.
Anim di sebelah, ketawa mengekek. Lucu sekali dengan situasi itu. ‘Padan muka kau!’
———————————————–
“Betul ke ada orang datang merisik kau?” Adam menyoal saat dia menuruti langkah Hawa yang ingin pulang. Pintu lif tertutup saat keduanya membolosi perut lif itu.
Hawa tergamam sebelum mengangguk perlahan.
“Habis kau setuju ke?”
“Belum ada kata putus lagi. Tengah fikir.” Hawa membalas pendek.
“Tolak saja lamaran tu…” pinta Adam, membuatkan Hawa tersentak.
“Kenapa pulak?”
“Sebab kau dah ada aku.” Adam membalas pantas.
“Hah?” Hawa jadi kurang mengerti.
“Hawa, kau benci aku ke?”
Hawa terkedu dengan soalan yang secara tiba-tiba. ‘Dia ingat pop kuiz ke apa ni?’
Hawa pantas menggeleng.
“Saya tak benci awak, saya benci perlakuan awak. saya benci dosa yang awak sedang lakukan ni.”
“Kalau aku berubah, kau takkan benci aku? kau akan terima aku?”
“Kan saya cakap saya tak bencikan awak.”
“Habis, kau bolehlah terima cinta aku kan?”
“Hah! Cinta?” dahi Hawa berkerut mendengar perkataan itu.
“Ya Hawa, aku cintakan kau. Walaupun kau garang dengan aku, tapi aku tak boleh nak halang cinta aku ni. Jadi aku nak tanya lagi sekali, kalau aku berubah, kau sudi ke terima cinta aku?”
Hawa menelan liur, perit sekali menjawab soalan itu.
“Berubahlah dengan hati yang ikhlas Adam. Bukan sebab saya. Kalau awak berubah dan saya tak terima awak jugak, apa awak nak buat? Kembali ke tabiat asal awak? itu bukan ikhlas namanya Adam.”
Adam tergamam.
“Kita bertuah kerana dilahirkan terus berada di dalam nikmat Islam ini, kita tak perlu susah payah mencari kebenaran kerana kebenaran dah ada di depan mata kita. Tapi malangnya, bila perkara ini terjadi, kita jadi alpa. Kita menjadi Islam yang sekadar pada nama dan tidak menghargai langsung nikmat Allah pada kita ini. Jadi Adam, tolonglah, berubah kerana awak ikhlas. Berubah kerana Allah, bukan kerana saya. Bila awak dah jumpa keikhlasan tu, tanpa disoal, saya boleh menjawab persoalan awak tadi. Assalammualaikum.”
Hawa terus keluar sebaik pintu lif terbuka. Adam masih kaku, kata-kata Hawa asyik terngiang-ngiang di telinganya.
————————————————-
Adam berteleku, duduk di atas bangku bermeja bulat di tepi laman rumahnya. Setiap butir bicara yang terbit dari mulut Hawa masih diingatinya sampai sekarang. Dia tahu banyak perkara, dididik dengan ilmu agama yang mencukupi, tapi benar kata Hawa. Dia alpa, dia tidak menghargai nikmat Islam yang dimilikinya.
Kotak rokok jenama terkenal itu digapai dan dibelek-belek. Gambar kaki yang bernanah dan kudung itu langsung tidak menakutkan hatinya lagi, bahkan perokok tegar yang lain pun sudah lali dengan gambar yang ditampal di atas kotak-kotak rokok mereka sebagai peringatan.
Adam tahu rokok itu sudah difatwa haram oleh beberapa orang mufti, tetapi dia tidak pernah terasa untuk berhenti kerana kawan-kawannya yang lain juga begitu. Menganggap fatwa itu sekadar untuk menghentikan tabiat mereka, memandang enteng akan kewibawaan para mufti tersebut.
‘Sudahlah aku merokok, merokok di bulan puasa pula tu. Sebabkan kau aku tak puasa!’
Pantas Adam menggenggam kotak rokok itu kuat-kuat hingga berkeronyok. Kotak rokok itu lantas dilempar semula di atas meja.
“Ah! Bukan salah rokok, tapi salah aku! aku yang tak kuat iman. Ampunkan aku Ya Allah…” air mata jantannya menitik tanpa mampu dibendung. Penyesalan mula mengulit dirinya, kata-kata Hawa masih berlegar dalam fikirannya.
“Ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang tak berbuah.”
Adam bersuara sebelum bingkas masuk ke dalam rumah. Menuju ke bilik air untuk berwuduk dan kemudiannya membentangkan tikar sejadah.
“Ya Allah, sudah lama aku tidak sujud kepada-Mu. Aku hamba yang bongkak Ya Allah. Ampunkan aku…”
———————————————
Hawa terkesima saat melihat Adam masuk ke pejabat pagi itu. Wajahnya kelihatan berseri, jambangnya sudah dicukur kemas. Dia langsung tidak memandang Hawa sebaliknya terus berlalu ke tempatnya.
“Wah, kau puasa hari ni? Biar betul beb!” Anim ketawa berdekah-dekah, tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut Adam.
“Aku seriuslah, aku dah taubat. Aku sedar sekarang, banyak sangat dosa aku. Aku sombong dengan Allah. Aku tak menjalankan tanggungjawab aku sebagai hambaNya.”
“Hamboi, cakap pun macam stok-stok ustaz la pulak. Nak tawan hati Hawa ke apa ni?”
Adam menggeleng.
“Bukanlah. Aku redha kalau dia bukan jodoh aku, tapi dia yang sedarkan aku yang dah jauh sangat aku terpesong dari landasan Allah. Dah lah aku tak solat, bulan puasa pun aku tak puasa.”
Anim terpempan. Terasa dengan kata-kata Adam kerana dia pun adakalanya cuai dalam melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah.
————————————————
“Kau percaya ke cakap dia?” Hawa menyoal Anim yang laju menyampaikan berita tentang Adam. Posmen tak bertauliah, itulah Anim. Kalau tak dicanang satu ofis, memang bukan Anim namanya.
“Entah, nampak macam betul, tapi kau tu tahu jelah perangai Adam tu. Cakap putar belit, pandai berlakon. Kadang-kadang nampak macam dah ok, tapi sebenarnya… hampeh.”
“Tau takpe.” Hawa tergelak kecil sambil matanya menjeling ke arah Adam yang diam tidak berkutik dari tadi. Tidak seperti kebiasaannya yang suka mengganggu semua orang, hari ini Adam cuma duduk di tempatnya dan tidak langsung menjejakkan kaki ke tempat Hawa.
‘Entah-entah berlakon saja tu. Nak memenangi hati aku. huh!’ Hawa cuba serkap jarang. Tidak mempercayai keikhlasan jejaka itu.
————————————————-
Hawa memerhati Adam dari kejauhan. Perangai Adam pelik benar hari tu, waktu tengah hari itu Adam asyik menelek jam tangannya seolah menanti sesuatu.
‘Tunggu apa dia tu? Penghantar pizza ke?’ Hawa meneka.
Sebaik waktu rehat bermula, Adam bingkas bangun dari tempatnya dan menuju ke luar pejabat, tidak seperti kebiasaannya, dia akan ke pantri, menyedut asap rokok.
Tidak jadi Hawa hendak melelapkan matanya sekejap apabila melihat tingkah Adam itu, hatinya meronta ingin tahu.
Perlahan Hawa mengekori Adam senyap-senyap dan berhati-hati, tidak mahu Adam menyedari kehadirannya.
Adam turun ke lobi sebelum menuju ke arah sayap kanan bangunan. Menuju ke arah yang setiap hari Hawa tujui itu. Hawa semakin pelik.
‘Surau?’ Hawa terkedu sebaik melihat papan tanda yang terpamer di hadapan pintu bilik yang tertutup itu. Adam sudah lenyap di dalam bilik di bahagian lelaki, membuatkan Hawa pantas menyelinap ke bahagian perempuan.
Hawa telek jam tangannya. Belum pun masuk waktu Zuhur, buat apa Adam ke sini? Kalaupun sudah masuk waktu solat, sepanjang dia mengenali Adam, tidak pernah sekalipun dia melihat Adam menjejakkan kaki ke surau itu.
“Bismillah…” kedengaran sayup-sayup bacaan al-Quran dari sebelah tabir tempat solat lelaki, hati Hawa rasa tersentuh. Hawa tahu itu suara Adam kerana dia sangat mengenali suara jejaka yang setiap hari mengusiknya itu.
Ah dia cuma berlakon, nak memenangi hati kau…
Takkanlah dia berlakon. Dia bukan tahu aku ekori dia!
“Syukur Alhamdulillah!” Hawa menadah tangan dan meraup wajahnya. Syukur sekali dan yakin dengan keikhlasan Adam untuk berubah kerana Allah. Bukan untuk dirinya.
—————————————————
Lagi beberapa hari, Syawal akan menjelang. Hawa perhatikan dari sehari ke sehari, perangai Adam juga kian berubah, lebih pendiam dan wajahnya kian berseri dengan nur yang Hawa sendiri tidak dapat gambarkan. Sejuk sekali matanya memandang.
“Dah nak balik?” Hawa terkesima saat Adam menegurnya ketika dia sedang membuka pintu kereta di tempat parkir, pertama kali selepas perubahan dalam diri Adam.
“Err, aah. saya mula cuti hari ni. Sampai hari ketiga Syawal.”
“Adam tahu. Sebab tu Adam datang jumpa Hawa.” Hawa terkedu mendengar bait kata Adam yang lebih tertib dari kebiasaan.
“Ada apa ye Adam?”
“Adam sebenarnya nak minta maaf, kalau-kalau Adam ada menyakitkan hati Hawa, dan maafkan juga semua perlakuan sumbang yang Adam lakukan selama ni. Adam khilaf.”
“Saya tak berdendam apa-apa dengan awak pun Adam. Pasal kelakuan awak dulu, itu antara awak dan Allah. Saya tak berhak nak adili awak.”
“Adam tahu. Adam dah bertaubat Hawa. Tapi…” air mata Adam tiba-tiba bergenang.
“Adam terlalu banyak dosa. Entah Allah akan ampunkan atau tidak.”
Hawa terkedu. Pertama kali dia melihat Adam dan pertama kali juga dalam hidupnya, dia melihat insan bernama lelaki mengalirkan air matanya.
“Insya-Allah Adam. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang ikhlas bertaubat.”
“Amin.. Adam harap pun macam tu juga. Tolong doakan Adam ya.”
“Insya0Allah.” Hawa tersenyum.
“Bila kenduri Hawa?” soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut Adam. Hawa terpempan.
“Kenduri?”
“Yelah. Kenduri pertunangan dengan anak imam besar tu? Bila langsung?” Adam bertanya seolah tidak kisah dengan semua itu.
“Kalau saya terima pinangan tu, awak dah tak kisah ke?”
Perlahan Adam mengangguk.
“Awak dah tak sukakan sayalah ye.” Hawa tersenyum kelat, ada ralat dalam hatinya.
“Bukan macam tu. Adam masih cintakan Hawa, tapi Adam redha andai Hawa bukan jodoh Adam. Adam dan Hawa pada saat ini bukanlah sama kisahnya dengan Nabi Adam dan Hawa yang punya jodoh yang kuat walaupun jauh terpisah.”
“Siapa kata? Macam mana kalau saya kata Adam dan Hawa yang ini juga punya jodoh?”
“Aaa.. apa maksud Hawa?”
“Saya pernah cakap, bila awak jumpa keikhlasan dalam diri awak tu, saya akan jawab soalan awak dulu tanpa perlu awak soal lagi. Hari ni saya akan jawab, saya terima awak, Muhammad Adam Muhaimin.”
“Apa?” Adam berasa tidak percaya.
“Saya terima cinta awak, tapi dengan syarat, terus masuk meminang saya. Tak ada cinta-cinta sebelum kahwin.” Hawa memberi amaran.
“Habis rombongan merisik yang dulu tu?”
“Awal-awal lagi saya dah tolak.” Hawa tersengih.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!” air mata Adam bercucuran kembali.
———————————————-
Ramadhan 1433 Hijrah
“Hawa tahu, kata-kata Hawa dulu sentiasa terngiang-ngiang di telinga abang seolah-olah satu petunjuk dan hidayah dari Allah supaya berubah. Abang pun tak tahu macam mana abang boleh dapat kekuatan untuk terus berhenti merokok dalam sehari saja!”
Adam bersuara saat dia berada di beranda bersama isterinya yang tercinta, Hawa usai mereka pulang dari menunaikan solat Tarawikh di masjid berhampiran rumah malam itu.
“Kekuatan itu datang dari Allah, bang. Mungkin keberkatan bulan Ramadhan tambah membawa rahmat dan hidayah pada abang.”
“Alhamdulillah. Abang bersyukur sangat. Inilah rezeki langit Ramadhan untuk abang, dapat hidayah dan dapat Hawa sekali. Hawa untuk seorang Adam.”
“Adam untuk seorang Hawa.” Hawa tersenyum simpul. Adam memeluk Hawa erat, mengharapkan Hawa akan sentiasa dekat dihatinya seperti itu. Bersyukur atas rezeki yang dilimpahkan padanya biarpun begitu banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.
“Abang pasti akan merindui Ramadhan setiap kali Ramadhan berlalu kerana terlalu banyak kasih yang Allah curahkan pada abang pada bulan Ramadhan ini. Abang takkan lupa sampai bila-bila.” Adam mendongak ke langit malam yang pekat itu.
“Itulah rezeki dari Allah, abang. Hari ni Allah memberi kita satu lagi rezeki.”
“Apa sayang?” dahi Adam berkerut, tidak mengerti kata isterinya itu.
Hawa tersenyum sebelum menarik jemari suaminya lantas ditekap ke perutnya.
“Rezeki langit Ramadhan.” Hawa berbisik.
Adam tersenyum penuh bahagia sebelum memeluk isterinya kembali, erat dan kejap.
Terima kasih Ya Allah!
-Tamat-
—————————————
p/s : Buat dengan ikhlas, pasti akan dibalas! Cewah tagline Ustazah Siti Nor Bahyah habis AK kebas. Heheeh. Salam Ramadhan buat semua! Dan selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin…

Thursday, 25 August 2011
KEKURANGAN ITU SATU KEHEBATAN
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)
Kebiasaannya, bila kita di kurniakannikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?
Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.
Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur?
Tepuk dada, tanya Iman.
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.
Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)
Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow"
Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.
Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.
- Artikel iluvislam.com

PERMINTAAN TERAKHIR
Walaupun namanya Pak Imam, tugasnya bukan sekadar mengimamkan solat. Dia juga perlu memastikan, sebelum masuk waktu solat, sejadah sudah diatur rapi, mikrofon dan lampu berfungsi dengan baik, manakala jendela dan pintu dibuka.
Sesudah solat, sejadah perlu dilipat semula, mikrofon, lampu dan pintu ditutup manakala jendela dibiarkan terbuka. Itu belum lagi dengan kebersihan dan keceriaan surau, aktiviti harian, jadual menjadi bilal dan pemukul beduk, menyusun atur pembaca Qur'an sepuluh minit sebelum solat dan sebagainya.
Walaupun ada Tok Siak dan ahli jawatankuasa surau yang lain, Pak Imam merasakan dia bertanggungjawab memastikan segala keperluan jemaah lengkap dan sempurna. Dia mahu surau ini menjadi tumpuan jemaah bukan sahaja kerana tazkirahnya, bacaan solatnya, nasihatnya, tegurannya malah keperluan surau itu.
Andai jemaah selesa solat di situ, maka mereka selesa untuk datang lagi dan mengkhabarkan berita yang baik untuk teman mereka, menyarankan agar teman mereka itu berjemaah di situ. Itulah hasrat Pak Imam. Alhamdulillah, hasratnya tercapai dan setiap kali menjadi Imam, jemaah tidak kurang dari tiga saf hatta waktu Subuh sekalipun.
Tetapi mereka semua mahu supaya Pak Imam sendiri yang menjadi Imam, bukan orang lain, kerana tazkirahnya, bacaan solatnya, nasihatnya dan tegurannya yang begitu mengesankan. Pak Imam menasihatkan mereka bahawa dia bukannya gilakan gelaran Imam atau elaun dari kerajaan, tetapi dia perlu melatih orang muda yang baik bacaan dan betul makhrajnya menjadi Imam. Biarlah ada dua tiga orang pelapis supaya mereka ini mendapat bimbingan sepenuhnya dari Pak Imam dan boleh menjadi Imam sebaik-baiknya.
Jemaah akur tetapi memohon supaya jika bukan Pak Imam sendiri menjadi Imam, biarlah tazkirah selepas solat, dia sendiri yang menyampaikannya. Pada Pak Imam, itu bukannya halangan, tetapi seperti solat, tazkirah juga mempunyai jadualnya sendiri. Akhirnya mereka berkompromi. Maka dia berselangseli – andai bukan menyampaikan tazkirah, dia akan mengimamkan solat. Jemaah berpuas hati dan bersyukur.
Menurut Pak Imam, pada tahap usianya ini, dia perlu melatih seramai boleh pelapis dan mencadangkan nama mereka kepada Jabatan Agama untuk menjadi Imam muda. Bukannya dia sudah tak larat menjadi Imam, tetapi eloklah ada yang muda sebagai pelapis. Dia khuatir nanti dia dikuburkan bersama ilmu yang ada di dadanya dan tidak sempat dimanfaatkan bersama. Na'uzubillai min zalik.
Apabila selesai urusan di surau, Pak Imam kembali ke rumah, melihat apa-apa yan patut dikerjakan di kawasan rumahnya yang tidak sebesar mana. Mujurlah ada tempat untuk dia berbakti kepada tanah, maka tidaklah perlu dia membeli sepanjang masa di kedai. Adalah hasilnya untuk dimasak – cili, keledek, pisang, serai, ubi, kunyit, halia, dan beberapa jenis ulam-ulaman.
Pak Imam mempunyai empat orang anak. Alhamdulillah, masing-masing sepasang lelaki dan perempuan. Sudah besar belaka semuanya. Yang sulung menjadi pensyarah di Kolej Islam. Yang kedua dan ketiga masih menuntut. Seorang di Mesir dan seorang lagi di Mahaad Tahfiz. Insya-Allah yang bongsu akan menurut menjadi ahli tahfiz, dengan syarat SPM-nya cemerlang. Yang sulung dan bongsu tinggal bersamanya.
Isteri Pak Imam yang dikahwininya sejak tiga puluh tahun yang lalu merupakan seorang yang taat dan patuh kepadanya. Tetapi pada bulan Ramadhan yang baru berlalu, isterinya mempunyai permintaan pada Pak Imam sedikit pelik dan berbeza. Tak tahulah kenapa dengan dia, meminta agar Pak Imam sering berada di rumah untuk berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah.
Pak Imam hairan. Dia masih ingat lagi kata-kata isterinya empat hari sebelum Ramadhan - cukup-cukuplah awak menjadi Imam setiap solat. Janganlah bulan puasa ini, berbuka dan bersahur di surau, solat jemaah, berterawikh, bertadarus dan memberi tazkirah di surau. Luangkanlah sedikit waktu untuk bersama keluarga. Kami juga ingin merasa berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan mendengar tazkirah di rumah. Berilah peluang kepada yang muda menjadi Imam, jangan diharapkan kepada awak seorang sahaja. Sampai kesudah nanti, mereka tiada peluang untuk belajar.
Pada mulanya Pak Imam terasa satu tamparan lembut hinggap di pipinya. Sesudah tiga puluh tahun berumah tangga dan dua puluh empat tahun menjadi Imam di surau kampung ini, inilah kali pertama isterinya bersuara menyatakan keinginan seperti itu. Sebelum ini dia tidak bersoal banyak apabila ditinggalkan berbuka bersama anak-anak.
Malah selalu juga datang ke surau berbuka bersama dua tiga orang perempuan kampung seusianya berbuka bersama-sama dengan sedekah dan pemberian si pemurah. Dia tidak banyak soal apabila diminta bersama anak-anak berbuka dan bersahur di surau, solat jemaah di surau, solat terawikh di surau, bertadarus di surau dan mendengar tazkirah di surau. Pada diri Pak Imam, surau ini sudah menjadi rumahnya dan isterinya juga perlu berfikiran begitu.
Pak Imam tak tahu kenapa Ramadhan yang lalu isterinya berubah laku. Terusik juga hatinya mendengar permintaan isterinya itu. Terasa juga dirinya serba kekurangan – apakah selama ini dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa yang sempurna? Lantas buat beberapa hari, Pak Imam berdoa dan bermunajat, memohon ampun dan maaf dari Allah atas mana-mana perbuatan dan tingkahlakunya yang dianggap isterinya sebagai mengabaikan tanggungjawab. Buat beberapa hari dia berfikir, apakah dengan tidak berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang baik?
Pak Imam tidak mendapat jawapannya tetapi dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Biarlah Allah yang menentukan betul salahnya perbuatannya selama ini. Jika betul, dia mohon supaya Allah memanjangkan usianya untuk meneruskan kehidupan ini dengan sebaiknya, tetapi andai salah, dia berharap agar dosanya diampunkan Allah dan diberikan petunjuk untuk membetulkan segala-galanya.
Buat sehari dua, Pak Imam cuba menunaikan permintaan isterinya. Dia berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah. Pak Imam harap kali ini isterinya puas hati dan gembira permintaannya tercapai. Bukan tak pernah Pak Imam berbuka di rumah tetapi dia tidak melakukannya selengkap ini. Biasanya dia berbuka sahaja di rumah, yang lainnya di surau.
Tetapi isterinya rupa-rupanya belum puas. Dia bukan hanya mahu Pak Imam berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah dirumah untuk satu hari, tetapi sehingga ke penghujung Ramadhan. Kalau boleh biarlah bertakbir Aidilfitri juga di rumah.
Pada Pak Imam, itu sudah melampau. Tugas sebagai Pak Imam bukan sekadar imam di rumah, tetapi ini imam kariah. Dia punya tanggungjawab di surau. Dia diberi amanah dan dia wajib melakukannya. Berdosa jika dia meninggalkan salah satu dari tuntutan tugasnya apatah lagi ia untuk kepentingan sendiri, kepentingan keluarganya sendiri.
Kali ini Pak Imam menggunakan diplomasi sepenuhnya. Dia tidak boleh berkompromi atas tugasnya kali ini. Mana boleh setiap hari dia berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah. Bilal sendiri sudah bertanyakan kehilangannya sejak dua hari yang lalu, inikan pula mahu diperpanjang sehingga akhir Ramadhan.
Isterinya tetap enggan dan Pak Imam terpaksa beri kata dua dengan lembut. Airmata isterinya ternyata tidak mampu melembutkan hatinya. Pak Imam hanya mampu memujuknya dengan tazkirah dan petikan ayat al-Qur'an dengan harapan hati isterinya itu lembut dan tidak meminta lagi dia berbuat sedemikian rupa. Biarpun sedih, isterinya menerima sahaja.
Satu perkara yang menyebabkan Pak Imam pelik ialah isterinya menjadi begitu baik dan manja dalam melayannya kali ini. Bukannya isterinya itu tidak baik tetapi layanannya kali ini lain dari yang lain. Cukup bagus sekali, hinggakan Pak Imam merasa kekok. Pernah dia terfikir sama ada isterinya ini buang tabiat, tetapi cepat-cepat dipinggirkan fikirannya itu. Dia tahu isterinya cukup baik dan mahu masuk dari mana-mana pintu Syurga, tetapi permintaannya kali ini sukar di mengertikan.
Sesudah dua hari, Pak Imam kembali semula ke surau. Para jemaah lega melihatkan Pak Imam. Bila ditanya kemana dia pergi, Pak Imam menjawab yang dia mempunyai urusan bersama keluarga. Dia berbuka dan bersahur di surau, solat jemaah di surau, solat Terawikh di surau, bertadarus di surau dan mendengar tazkirah di surau. Isterinya tiada bantahan malah menurutinya ke mana sahaja dia pergi. Sekali lagi Pak Imam pelik. Jarang juga isterinya menurutinya sepanjang waktu. Kadangkala tidak bersahur di surau malah jarang berbuka di rumah. Biasanya sekadar menemani anak-anak. Biarlah, fikir Pak Imam. Mungkin kerana anak-anak sudah besar, isterinya itu merasa sunyi dan mahu beramal ibadat lebih kepada Allah.
Rupa-rupanya permintaan isterinya supaya Pak Imam berbuka puasa di rumah, solat jemaah dirumah, berterawikh jemaah di rumah dan memberi tazkirah di rumah adalah permintaan terakhir isterinya. Belum pun sempat Pak Imam bertakbir Aidilfitri di surau, anak bongsunya terkocoh-kocoh menghampirinya. Memang Pak Imam awal ke surau hari ini, dan isterinya bakal menuruti kemudian bersama anak-anak dan orang perempuan seusianya.
Tetapi ada sebuah kereta lain yang turut menuruti mereka, dan kereta itu menyebabkan isteri Pak Imam terbaring berlumuran darah di tepi jalan. Segera Pak Imam meninggalkan jemaah yang sedang bersiap untuk bertakbir, berlarian menuju ke jalan. Alangkah terkejutnya dia bila melihat isterinya terbujur kaku bersama telekung yang sudah siap dipakainya.
Patutlah pagi tadi isterinya beria-ria memohon ampun dan maaf daripadanya, meminta agar dihalalkan segala makan minumnya sejak dari mereka berkahwin, segala perbuatan dan tutur katanya yang menyinggung Pak Imam serta mana-mana permintaannya yang melampau.
Pak Imam mamangku jenazah isterinya dan pada masa yang sama takbir Aidilfitri kedengaran. Dia sedih namun tiada air mata yang keluar, kerana dia tahu, isterinya pergi dalam keadaan yang suci dan bersih. Kini, barulah Pak Imam tahu mengapa Ramadhan yang lalu isterinya mahu supaya dia berbuka puasa di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah dan memberi tazkirah di rumah. Itu adalah permintaan terakhir isterinya.

Wednesday, 24 August 2011
HALUSNYA CARA ALLAH
Masya-Allah, Astaghfirullah.
Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.
Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.
Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.
Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran-jiranku terdiri daripada wanita-wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat.
Ya Allah, setiap kali aku bersembang dengan jiranku, mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana aku sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiran-jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun kepada-Nya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Aku sering mengingatkan diriku dengan sering membaca buku-buku azab Allah kepada sesiapa yang mengumpat supaya aku boleh berubah. Tetapi, itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya.
Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar.
Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain.
Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah.
Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.
Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti. Insya-Allah.
Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.
Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.
Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.
Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran-jiranku terdiri daripada wanita-wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat.
Informasi iluvislam.com
Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar.
Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain.
Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah.
Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.
Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti. Insya-Allah.
Tuesday, 23 August 2011
KESALAHAN2 DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Islam mensyariatkan perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu sebagai pagar pemelihara kesucian nasab keturunan manusia. Firman Allah s.w.t:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [al-Rum: 21]
Maksud “al-Mawaddah” dalam ayat ini adalah jimak atau hubungan seks sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a, Mujahid, dan Qatadah manakala “al-Rahmah” pula menurut mereka adalah anak-anak.
Maka Allah s.w.t meletakkan hubungan intim antara suami isteri sebagai satu perkara penting dalam alam perkahwinan bahkan menjadi pengikat utama antara suami isteri kerana hanya melalui perkahwinan sahaja seseorang manusia dihalalkan melakukan hubungan seks yang merupakan antara syahwat terbesar manusia demikian melalui hubungan seks jua lahirnya keturunan dan zuriat umat manusia.
Oleh itu, amat penting bagi pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks sesuai dengan kehendak syariat dan sunnah Nabi s.a.w. Maka di sini saya ingin menyentuh beberapa kesalahan yang terjadi dalam perkara ini:
Pertama: Melihat Hubungan Seks sebagai Adat atau Tuntutan Nafsu Sahaja.
Apabila hendak melakukan hubungan seks, suami isteri perlu faham bahawa apa yang bakal mereka lakukan adalah satu ibadah kerana sabda Nabi s.a.w:
وفي بضع أحدكم صدقة
Maksudnya: “dan pada kemaluan seseorang kamu (digunakan untuk menjimak isterinya) adalah sedekah”. [Muslim & Ahmad].
Daripada hadis ini ulama telah bersetuju, hubungan seks antara suami isteri adalah ibadah dan diberi pahala atasnya. Hukumnya pula adalah wajib antara suami isteri yang memerlukannya. Dalilnya adalah sabda Nabi s.a.w:
إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت أن تجيء لعنتها الملائكة حتى تصبح
Maksudnya: “Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu dia (isteri) enggan maka dia akan dilaknat malaikat sehingga pagi”. [al-Bukhari & Muslim].
Maka apabila seorang isteri dipanggil suami untuk bermesra maka wajib dia datang walaupun dalam keadaan haid kerana wanita yang haid masih boleh bermesra dengan suaminya selama tidak melakukan seks penetretif berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
اصنعوا كل شيء إلا النكاح
Maksudnya: “Buatlah semuanya kecuali nikah” [Muslim & Ahmad].
Maksudnya boleh suami bermesra dengan isterinya yang haid dan nifas selama dia menjauhi tempat keluarnya darah.
Demikian juga hadis ini walaupun menunjukkan kepada wanita tetapi masuk juga kepada suami apabila isterinya mengajak kepada hubungan wajiblah dia penuhi kerana hadis:
وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
Maksudnya: “dan sesungguhnya isterimu mempunyai hak ke atasmu”. [al-Bukhari].
Para ulama berbeza pendapat berapa kali wajib melakukan hubungan seks itu, ada yang berpendapat setahun 3 kali sekurang-kurangnya, ada yang menyatakan 4 hari sekali, dan ada yang menyatakan setiap kali isternya suci daripada haid hendaklah dilakukan sekali (yakni sebulan sekali). Namun, yang zahir adalah wajib menurut keperluan setiap pasangan itu sendiri.
Kedua: Meninggalkan Doa Sebelum Jimak
Telah sabit dalam sunnah Nabi s.a.w hendaklah membaca doa khas yang diajar Nabi s.a.w sebelum melakukan jimak iaitu:
بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan daripada apa yang Engkau berikan kepada kami (anak)”.
Doa ini sabit dalam Sahih al-Bukhari dan lainnya serta membacanya memberi faedah yang besar iaitu mengelakkan syaitan daripada turut campur serta dalam hubungan seks mereka yang mana jika syaitan turut campur serta akan mengakibatkan terhasilnya zuriat yang jelik pada akhlaknya.
Demikian juga bagi pengantin baharu, apabila hendak melakukan hubungan seks buat kali pertama, hendaklah suami memegang ubun-ubun isterinya lalu membaca doa berikut:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا ، وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا ، وَمِنْ َشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah-sahih-].
Doa ini juga sunat dibaca apabila kita membeli kenderaan baru atau khadam baharu dan seumpamanya.
Ketiga: Menambah Doa dan Zikir yang Tiada Asal dalam Syariat
Terdapat juga pihak-pihak yang menulis dan mengarang buku panduan hubungan suami isteri menyenaraikan doa dan zikir yang tiada asal usul dalam syariat, tidak bersumber kepada hadis-hadis yang sahih.
Tindakan ini amat bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mereka cipta perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini maka (amalan itu) tertolak”. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, dan Ahmad].
Zikir dan bacaan doa khas adalah ibadat khas yang mesti bersumber daripada Rasulullah s.a.w tidak boleh direka-reka, maka perbuatan menambah-nambah bacaan seperti selawat sewaktu menyentuh bahagian tertentu daripada badan isteri, menyebut Asmaul Husna ketika hendak menyentuh atau mencium anggota tertentu adalah bidaah dolalah.
Keempat: Kepercayaan Larangan Melihat Kemaluan Suami Isteri
Tidak dinafikan ada pendapat sesetengah ulama yang menyatakan haram atau makruh melihat kemaluan antara suami isteri, bahkan ada yang beriktikad melihat kemaluan ini akan menjadikan anak buta atau cacat tetapi kepercayaan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia berdasarkan hadis palsu yang berbunyi:
النظر إلى الفرج يورث الطمس
Maksudnya: “Melihat kepada kemaluan itu mewariskan buta”.
Dan hadis:
إذا جامع أحدكم زوجته أو جاريته فلا ينظر إلى فرجها فإن ذلك يورث العمى
Maksudnya: “Apabila salah seorang kamu menjimak isterinya atau jariahnya janganlah melihat kepada kemaluannya kerana itu mewariskan buta”.
Hadis-hadis ini adalah mauduk, yakni palsu [Lihat: al-Maudu'at, 2/271].
Adapun hadis:
إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ فَلْيَسْتَتِرْ وَلاَ يَتَجَرَّدْ تَجَرُّدَ الْعَيْرَيْنِ
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendatangi isterinya maka hendaklah dia menutup (auratnya) dan janganlah berbogel seperti keldai”. [Ibn Majah]
Hadis ini daif sebagaimana dijelaskan al-Busairi r.h dalam al-Zawaid demikian juga al-Albani r.h dalam tahkik beliau terhadap Sunan Ibn Majah.
Demikian juga hadis Aisyah r.a katanya:
ما نظرت أو ما رأيت فرج رسول الله صلى الله عليه و سلم قط
Maksudnya: “Aku tidak pernah sama sekali melihat kemaluan Rasulullah s.a.w”. [Ibn Majah & Ahmad].
Hadis ini juga daif sebagaimana sepakat antara al-Busairi, al-Albani dan al-Arnauth.
Bahkan telah sepakat para ulama harus bahkan mustahab suami isteri saling pegang memegang kemaluan mereka untuk menambahkan keghairahan dalam hubungan. Imam Abu Hanifah r.h ditanya berkenaan hukum suami isteri saling memegang kemaluan antara mereka untuk menaikkan syahwat adakah salah? Maka beliau menjawab:
لاَ ، وَأَرْجُو أَنْ يَعْظُمَ الأَْجْرُ
Maksudnya: “Tidak menjadi kesalahan, bahkan aku berharap digandakan pahala bagi keduanya”.[al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 32/90].
Imam Malik r.h pula berfatwa:
لا بأس أن ينظر إلى الفرج في حال الجماع وزاد في رواية ويلحسه بلسانه
Maksudnya: “Tidak ada salahnya untuk dia melihat kemaluan isterinya semasa jimak”. Dalam riwayat lain menambah: “dan harus dia menjilatnya dengan lidahnya”. [Mawahib al-Jalil, 3/406]
Demikian juga dalam I’anah al-Tolibin, kitab fiqah Syafii menyatakan harus seorang suami beristimta’ (bersenang-senang) dengan seluruh tubuh isterinya termasuk menjilat klitoris tetapi dijauhi halaqah dubur. [I'anah al-Tolibin, 3/340]. Ini menunjukkan harusnya melihat kemaluan antara suami isteri. Dasar keharusan ini adalah sabda Nabi s.a.w:
احفظ عورتك إلا من زوجتك أو ما ملكت يمينك
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali daripada isterimu atau hamba sahayamu”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad serta ianya hasan].
Kelima: Merakam Aksi Seks dan Melihat Filem Porno untuk Ransangan
Antara seburuk-buruk kesalahan yang berlaku adalah merakam aksi seks yang dilakukan antara suami isteri. Jika yang merakam tersebut pihak ketiga maka keharaman dan kehinaannya amat jelas, demikian juga yang merakam itu suami isteri sendiri walaupun dengan alasan simpanan peribadi kerana tidak aman daripada rakaman itu terlepas ke tangan manusia lain paling kurang ahli rumahnya.
Telah sepakat ulama haram seseorang melakukan jimak dalam keadaan dilihat orang lain atau di tempat yang memungkinkan dilihat orang pada kebiasaannya dan sebahagian ulama memakruhkan jimak dalam bilik yang ada bayi kecil sekalipun.
Demikian juga perbuatan melihat filem porno untuk merangsang kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Telah maklum bahawa haram melihat aurat manusia lain sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 30 dan 31:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ…
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
dan sabda Nabi s.a.w:
لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل ولا المرأة إلى عورة المرأة
Maksudnya: “Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki yang lain dan seorang wanita memandang aurat wanita yang lain…”[Muslim].
Maka memandang aurat berlawanan jenis tentu lebih haram lagi.
Keenam: Tidak Melakukan Muqaddimah
Sabda Nabi s.a.w:
” لا يقعن أحدكم على امرأته كما تقع البهيمة ليكن بينهما رسول ، قيل ما الرسول ؟ قال : القبلة والكلمة “
Maksudnya: “Janganlah seseorang kamu menjimak isterinya seperti haiwan, hendaklah ada antara antara kedunya utusan”. Sahabat bertanya: “Apakah utusan itu?” Jawab Nabi s.a.w: “Ciuman dan ucapan”. [al-Baihaqi].
Daripada hadis ini, menjadi sunnah untuk suami isteri melakukan muqaddimah jimak seperti bercumbu rayu dan melakukan foreplay. Tindakan meninggalkan cumbu rayu ini menyebabkan amalan jimak tadi terpesong daripada sunnah Nabi s.a.w.
Ketujuh: Memecahkan Dara dengan Jari
Antara perkara bidaah yang berlaku dalam masyarakat arab adalah memecahkan dara dengan jari sebelum si isteri masuk ke kamar suami untuk menjadi bukti isterinya masih dara. [Mukjam al-Bida', 84].
Demikian juga jika si suami memecahkan dengan jari semasa persetubuhan kerana seorang wanita itu mungkin telah terkoyak selaput daranya kerana terjatuh, banyak berjalan atau berlari, dan mungkin sahaja kerana kedatangan haid yang berat (heavy period). Tindakan suami memecahkan dara dengan jari akan mendatangkan rasa tidak senang jika tiba-tiba tiada darah yang keluar dan ini membuka jalan syaitan untuk menimbulkan syak wsangka pada suami terhadap isterinya. Wallahua’lam.
Kelapan: Melakukan Seks dalam Keadaan Tidak Sihat Tubuh Badan
Tidak ada tegahan syarak melakukan seks semasa suami atau isteri dalam keadaan kurang sihat seperti demam, selsema dan sebagainya tetapi secara ilmiahnya, ilmu Psikologi menetapkan perkara ini akan memberi kesan kepada anak yang terhasil semasa perhubungan tersebut.
Kondisi anak yang terhasil daripada persetubuhan semasa tubuh kurang sihat adalah lemah dan kurang daya tahan. Jadi hendaklah dielakkan melakukan seks penetratif dalam keadaan tubuh kurang sihat.
Kesembilan: Suami Tidak Menanti Isteri di Kemuncak
Hendaklah suami jangan menyudahkan hubungan sehingga isterinya juga mencapai orgasme kerana sabda Nabi s.a.w:
إذا أتى أحدكم أهله فليصدقها فإن سبقها فلا يعجلها
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendatangi (menjimak) isterinya maka berilah dia sedekah jika dia (si suami) mendahuluinya (si isteri) maka janganlah dia tergesa-gesa”. [Abu Yakla, daif].
Hadis ini daif tidak menjadi hujah namun secara ilmiahnya diketahui bahawa membiarkan isteri tidak mencapai kepuasan adalah satu kezaliman dan melanggar umum perintah Allah s.w.t:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan baik..” [al-Nisaa: 19].
Kesepuluh: Menyebarkan Rahsia Kamar
Amat jelik sekali akhlak mereka yang mendedahkan rahsia kamar tidur antara suami isteri kepada orang luar walau kepada ibu bapa sendiri sekalipun. Dalam hadis menyatakan:
إن من شر الناس منزلة الرجل يفضي إلى المرأة وتفضي إليه، ثم يصبح يتحدث بما جرى بينهما
Maksudnya: “Sesungguhnya seteruk-teruk manusia kedudukannya adalah seorang lelaki yang menyetubhi isterinya kemudian dia menceritakannya pada waktu paginya”. [Muslim].
Maka haram hukumnya menyebarkan rahsia kamar tidur kecuali dengan tujuan perubatan atau memohon fatwa dan seumpamanya daripada maslahat yang mendesak. [Maza Taf'al Lailatal Bina', 28].
Penutup:
Maka demikianlah sebahagian kesalahan yang berlaku dalam hubungan intim suami isteri dan perlu diperbetulkan oleh setiap pasangan suami isteri yang inginkan hubungan intim mereka berlaku sesuai dengan panduan syariat Islam yang suci.
Perlu diketahui, persetubuhan merupakan langkah pertama dalam rangka membentuk seorang anak, maka amat wajar pembentukan anak itu dilakukan dengan cermat menurut garis panduan syariat dan janganlah menjadikan seks semata-mata untuk melampiaskan nafsu tetapi jadikanlah sebagai ibadah yang mudah-mudahan dengannya kita mendapat reda Allah s.w.t.
http://jihadsalafi.blogspot.com/2009/03/kesalahan-kesalahan-dalam-hubungan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)