Aku memang suka menjadi matchmaker.Mungkin kerana aku mengecapi kebahgiaan dalam hidup berumah tangga,begitu juga aku inginkan mereka pun bahgia sama.Aku telah mencuba menjadi matchmaker kepada kawan-kawan dan anak-anak saudara.Sebenarnya tindakan ku itu tidak disukai oleh suamiku yang tercinta.Suamiku tidak mahu isteri kesayangannya dimarahi oleh pasangan setelah mereka menjadi suami isteri.Mana tau tidak ada keserasian antara mereka.Matchmaker yang dipersalahkan.
Oleh kerana aku melakukan sesuatu tanpa restu suami,hajat aku untuk mendirikan masjid tidak kesampaian.Restu seorang suami sangat penting dalam kehidupan seorang yang bernama isteri.Isteri mesti taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan hukum Allah.
Sekarang aku sudah berhenti sebagai matchmaker.Suamiku pun rasa lega dengan kerenah aku yang satu itu pasti mengganggu ketenangan hidupnya,Aku tahu dia sangat sayangkan aku.Syukur pada ilahi dengan kurniaan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.SELAMAT TINGGAL MATCHMAKER ,KITA TIDAK AKAN BERJUMPA LAGI.......HEHEHE
No comments:
Post a Comment