Tahun ni 2011 iaitu 1-10 ramadhan,aku rasa begitu tenang menjalani ibadah puasa tanpa diserang gastrik,Kebiasaannya setiap tahun aku akan diserang gastrik tapi aku tetap teruskan berpuasa,Perut rasa memulas-mulas,berangin menyebabkan sakit ulu hatiku sampai semput,Kesakitan yang ku alami hanya Tuhan yang tahu ,Hanya engkau tempat ku merintih,memohon agar kesakitan ku berkurangan,Serangan gastrik pada masa cuti sekolah tidak begitu memeritkan,Bila waktu sekolah tidak tahu apa nak cakap,ku gagahi juga untuk mengajar,terpaksa menjerit bila pelajar-pelajar buat bising dan membuat kerja-kerja sekolah yang lain.Dengan keadaan kelas yang panas,sakit gastrikku makin bertambah.
Alhamdulillah berkat doaku selama ini puasa tahun ni 1-10 ramadhan aku betul-betul sihat,Perasan bahgia melingkari hidup ini kerana aku dapat melakukan macam-macam perkara dengan keadaan yang selesa dan gembira,Tapi kegembiraan aku sekejap saja,hari ke 11 ramadhan aku diserang gastrik tapi tidaklah seteruk dulu,seterusnya sihat semula hingga ke 15 ramadhan,Syukur padamu ilahi moga aku sihat sejahtera sehinggalah ke ramadhan yang terakhir,Amin....
No comments:
Post a Comment