Friday, 19 August 2011
IBUKU YANG TERCINTA
Kelmarin pagi2 lagi ibu yang tersayang menelefon aku yang dia hendak pergi buat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pantai di Ipoh.Ini disebabkan dia selalu rasa pening dan,sakit perut.Walaupun berkeaadaan begitu,dia masih berpuasa.Dia pergi ke hospital tersebut bersama kakak dan abang.Lebihkurang pukul 9 pagi adik ada memberitahu keadaan mak,Tersirap darahkubila adik bagitau tekanan darah ibuku nak sampai 210 dan kandungan gula pula 11 dan kandungan kolestrol juga tinggi.Aku terus menelefon kakak brtanyakan hal tersebut.Kakak kata doktor telah memberitahu mak sebelum ini suruh tukar ubat,Ubat yang ibuku makan sudah menjangkau 5 tahun dan sudah tidak berkesan lagi.Ibuku juga buat pemeriksaan ecg dan doktor menyatakan keadaan jantungnya baik dan tiada salur darah yang tersumbat.Lepas tu doktor suruh ibuku makan ubat yang baru. Selepas 1 jam doktor memeriksa tekanan darah ibuku,alhamdulillah dah turun ke tahap 180.Keaadan ibuku hari ini semakin pulih tapi kami semua tidak membenarkan dia berpuasa lagi,biarlah dia berehat dulu.Kalau keaan kesihatan dah baik esok atau lusa bolehlah dia berpuasa semula.Sebenarnya ibuku memang seorang yang kuat semangat walaupun sudah berumur 83 tahun.Kepadamu ilahi ku panjatkan doa moga ibuku kembali sihat dan ceria.Amin yarabbal Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment