Aku tidak suka melukai hati orangsebab aku tahu betapa sakitnya hati yg terluka.Ini menjadikan diriku berwaspada dalam percakapan dan perbuatan.Bila hatiku terluka memang mengmbil masa yang lama untuk mengatas nya,Kadang tu rasa jiwa jadi tidak tenang .Segala peristiwa terlayar di ruang mata.Ada masa aku terlupa dengan melayani perasaan hati yag pedih itu.Sudah pasti jiwa jadi tidak tenang,hidup jadi tidak tentu arah,Aku rasa bersalah kepadamu ilahi kerana syaitan telah berjaya merajai jiwaku.Aku cepat2 beristifar memohon ampun atas kelekaan ku itu.
Kini bila terlayar peristiwa sedih aku cepat2 lupakannya dengan berzikir,solat2 sunat seta membaca quran ,Aku berdoa tidak henti2 agar hidup tenang sentiasa,Aku rasa lebih tenang dan bahgia dengan mengadu kepadamu, Allah yg maha esa.Allah akan sentiasa mendengar rintihan hati hamba2nya.Allah sentiasa berada di samping kita,di waktu susah dan senang.Kepadamu ku memohon pertolongan dan tunjukkan aku jalan yang lurus iaitu jalan2 orang yang engkau sukai dan bukan jalan2 orang2 yang sesat..
No comments:
Post a Comment