Monday, 15 August 2011

KELUARGA KU YANG TERCINTA

Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.Dia lah tempat aku meluahkan segala duka.Dia sentiasa memberikan kata-kata nasihat yang mampu membuat aku tenang dan gembira semula.Segala kedukaan dan kegembiraan kami kongsi bersama-sama.Hidup kami begitu bahgia sekali dikurniakan dengan 3 cahaya mata ,syafiq,syamil dan syahirah.Kehadiran mereka menjadikan rumah kami yang sederhana ini riuh rendah dengan gelak ketawa mereka. Kami memberikan kebebasan untuk mereka mengutarakan pendapat tersendiri.Kalau kami melalukan perkara yang tidak betul mereka tanpa segan silu untuk menyatakannya,begitulah sebaliknya.Kami sentiasa melengkapi antara satu sama lain.Moga kebahgiaan kami berkekalan untuk selamanya.

No comments:

Post a Comment