~~SANTAPAN ROHANI~~
"Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.Dengan senyuman kemana pun kita pergi,bersinarlah disana cahaya kegembiraan."~~~Hamka~~~
Menanggung kemiskinan lebih baik daripada menanggung kehinaan kerana sabar menghadapi kemiskinan adalah sifat redha dengan apa yang ada.Untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang beriman..agar dapat kita kutip manfaat daripadanya.Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja.Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak berguna.
Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz,
"Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan.Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhada saudaramu/muslimin".
1-Bacalah Al-Quran
2-Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan
dosamu kepada orang lain.
3-Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
4-Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
5-Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan
akhirat.
6-Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut
kepada perangaimu yang tidak baik.
7-Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
8-Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
9-Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu
— with Mohd Haizan Md Yusoff.
No comments:
Post a Comment