Larian 30 minit yang lebih efektif
Interval training adalah latihan yang sangat dicadangkan untuk meningkatkan daya tahan badan dan menjadikan badan lebih tegap. Kajian menunjukkan lebih banyak lemak akan dibakar dengan interval training ini (sehingga 30% lebih banyak) berbanding dengan latihan yang biasa. Kali ini saya akan berkongsi mengenai interval training untuk larian.
Antara kelebihan larian ini adalah ia mampu membakar lebih lemak sehingga 36% lebih baik dari larian biasa. Mahu bakar lemak lebih? Inilah masanya!
Bagaimana?
- Berjalan dengan langkah biasa selama 1 minit
- Berjalan dengan lebih laju selasa 1 minit
- Mulakan larian yang perlahan selama 1 minit
- Pecut untuk 1 minit
- Tamatkan dengan tarik nafas dan hembus nafas secara perlahan-lahan (sambil berjalan, JANGAN BERHENTI!
- Ulang sehingga 6 kali
Lakukan rutin ini 2-3 kali seminggu dan rasailah sendiri badan anda akan menjadi lain. Rasa lebih bertenaga!
No comments:
Post a Comment