~~MENHITUNG DOSA~~
Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.
Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki.
Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina-dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar.
Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau.
Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu bertambah pada setiap hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin berkurangan sejak engkau dilahirkan oleh ibu engkau.
No comments:
Post a Comment