Thursday, 20 October 2011

PESANAN UNTUK YG CANTIK

Pesanan Untuk Orang Cantik..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal dan mempertikai itu ini.


Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?


Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!



Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan drpd yang dijumpainya"


kesimpulan daripada penulis:


Semua manusia adalah sama dan tiada perbezaan disisi Allah kerana Allah tidak memandang pada harta, rupa, pangkat darjat atau sebagainya sebaliknya Allah hanya memandang nilai taqwa dan iman seseorang. Setiap orang tidak sesempurna Rasulullah tetapi kekurangan bukanlah satu alasan untuk kita mencapai kesempurnaan dan terus ke depan. Jadikan Rasulullah sebagai qudwah hasanah. Kelebihan bukan untuk dibanggakan, jika tersingkap kelemahan maka dalam sekelip mata maruah kita akan tercemar. Jangan jadikan keburukan itu sebagai kelemahan, jangan jadikan kelemahan itu menguasai diri kita. Jadi kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Terimalah seadanya dan jadilah diri kita yang sebenar.

No comments:

Post a Comment