Istimewanya Asiah, doanya diabadikan di dalam al-Quran:
"Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga."
(at-Tahrim:11)
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:
"Antara keutamaan Asiah, isteri Firaun, adalah dia lebih memilih mati dan diseksa di dunia daripada memperoleh kesenangan yang telah didapatkannya sebagai isteri Firaun." (Fathul Bari, 6/516)
Ibn Kathir pula berkata:
"Dengan sanadnya, Ibn Jarir meriwayatkan dari Sulaiman at-Taimi, bahawa isteri Firaun sering diseksa di bawah terik sinar matahari. Dia diseksa oleh suaminya, namun apabila Firaun meninggalkannya setelah menempatkan Asiah di bawah terik sinar mentari, para Malaikat terus menaungi Asiah dengan sayap-sayap mereka, lalu Asiah dapat melihat rumahnya di dalam syurga."
(Tafsir Ibn Kathir, 4/394)
Mulianya isteri Firaun, Allah S.W.T menyebutnya di dalam al-Quran:
"Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya; serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."
Alangkah bahagianya Asiah, doanya dimakbulkan Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment