Wednesday, 10 October 2012

HARI INI AKU SAKIT LAGI....AKU KENA JUMPA DOKTOR PAKAR KERANA SAKIT MENJADI2....OH TUHAN TOLONGLAH AKU,BANTULAH AKU,BERILAH KESIHATAN KPDKU AGAR AKU DAPAT MNJALANKN KEWAJIPAN KEPADA MU,FAMILIKU ,ANAK2 MURIDKU DAN MASYARAKAT SEKALIAN.

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

ssalamu'alaikum WBT anak2 yg akan hadapi PMR & SPM.... Antara tip utk hadapi peperiksaan: 1. Mlm ni lepas solat isya, solat taubat, istighfar, solat hajat & istikharah utk mudah jwb soalan;2.Doakan ibubapa, guru & kwn2 agar ilmu jadi berkat, 3.Tidur awal & baring mengiring ke kanan, 4.Sblm solat subuh, solat hjt, 5. Pastikan sarapan agar ada tenaga, 6.Pakai perfume & deodorant utk rangsang otak, 7.Elak bincang di luar Dewan, takut jadi lebih panik, 8.Doa berramai2, 9.Masuk Dewan dgn Bismilah, senyum, beri salam & masuk kaki kanan dulu, 10.Baca doa penerang hati termasuk Al Insyirah, 11. Kalu bingung, istighfar & selawat byk2, 12.Habis jwb, lakukan doa kesyukuran, 13.Elak bincang dgn kwn lepas exam. Terus bersedia utk subjek esok pula. Moga Allah luluskan kalian dgn cemerlang. Aamiin, wassalam.
Copy & Paste From :-Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah-
~Salam Hadrah~

Tuesday, 28 August 2012

ANAK BONGSUKU

Noor Syahirah ,anakku sayang diserang Tonsil....demam ,batuk n selselma menjadikan badannya lemah....sakit menyerang mulai kemarin selepas exam trial add math.....kesiannya dia...selepas maghrib aku n abangnya bawa ke klinik ....kena pi jgk sbb hari ni exam math n esok exam fizik....kesian dia x dapat menumpukan sepenuh perhatian utk mejawab soalan....moga dengan izin Allah dengan makan ubat,berdoa kepadanya anakku kembali pulih dan dapat menjawab soalan fizik dengan baik....Oh Tuhan kepada mu ku harapkan pertolongan moga anakku pulih seperti sediakala....Oh my lovely daughter....love u so much....banyak berkongsi cerita dengannya...

Raya 2012

Gembiranya menyambut Raya pada tahun ini kerana keluarga kami bersatu kembali...Alhamdulilah....sebelum Ramadan ,semasa Ramadan aku sentiasa berdoa moga Raya kali ini menjadi begitu bermakna.Alhamdulilah syukur  padamu ya ilahi kami bergembira bersama2 walaupun ada sedikit yang tak kena....biasa le kita kn manusia biasa x dapat lari daripada perkara tu.... mak pun nampak gembira....Raya ke 7 kami bersama2 meraikan perkahwinan hanif....meriah sekali.Moga kebahgian keluarga kami akan berterusan sampai ke syurga...Amin...

Saturday, 7 July 2012

mashed potatoes

Mashed Potatoes

Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed lebih gebu dan lemak.

Thursday, 21 June 2012

PUDING ROTI KARAMEL

PUDING ROTI KARAMEL (KUKUS)

Bahan-bahan : (1 loyang kecil)
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia – dicarik2 kecil
3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
2 cawan air suam@susu cair@susu segar ---->PILIH SLH SATU JER
1 sudu besar tpg kastad
1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
sedikit esen vanilla

Cara-cara :
1. Panaskan pengukus.
2. Masukkan gula ke dalam loyang, jadikan gula hangus. Kemudian ketepikan.
3. Blender roti bersama air suam dan susu.
4. Kemudian masukkan esen vanilla bersama telur yang telah ditapis tadi...tepung kastard.... Blender sekejap.
5. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus hingga masak lebih kurang 30 - 40 minit.

Thursday, 14 June 2012

Friday, 8 June 2012

10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI

10 Awal
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ 
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا 
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا 
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّـهُ وَلَدًا
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا 
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَـٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا 
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا 
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.


أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا 
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا 
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".


Sunday, 27 May 2012

KELETIHAN

HARI NI AKU RASA SANGAT LETIH....MENGEMAS RUMAH ,MENGEMOP LANTAI N MEMASAK.....SLESAI SEMUA KERJA AKU BUKA FB.BACA POST KAWAN2 SAMPAI TERLENA...BILA TERJAGA AKU RASA LEBIH SEGAR....ALHAMDULILLAH KELETIHAN KU HILANG.

Saturday, 26 May 2012

HIKMAH BERDOA

~ BismillahirRahmanirRahiim ~
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kenapa berdoa itu penting dalam hidup mukmin


“Umat Islam digalakkan berdoa untuk kebaikandi dunia dan di akhirat. Manusia hanya mampu berusaha, segala ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Memohon sesuatu daripada Allah hendaklah disertai dengan perasaan insaf, jujur, dan ikhlas supaya mendapat petunjuk dan hidayahNya.” – Al-Baqarah; 201.


Setiap manusia yang menginginkan ketenangan, kebahagian dan kesenangan hidup hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya, tidak mustahil segala hajat akan tercapai disusuli dengan usaha dan tawakal.


Namun, terkadang itu manusia mudah alpa dan kerap kali lari dari menunaikan tanggungjawab untuk berdoa kepada Yang Maha Esa. Malah, kepentingan berdoa sebagai sebahagian inti pati kehidupan juga sering dipandang ringan dan dianggap perkara yang remeh.


Hakikatnya, kepentingan berdoa merupakan salah satu bentuk komunikasi seseorang hamba dengan Raabnya (Tuhannya) dan juga satu bentuk hubungan yang mujarab bagi mendekatkan diri dengan Pencipta.


Doa adalah permohonan seseorang hamba kepada Raabnya untuk memohon perlindungan (inayah) dan pertolongan (ma’unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT, serta ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah S.W.T.


Doa juga merupakan pujian kepada Allah S.W.T, dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepadaNya sehingga Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud ” Doa adalah ibadah” . Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.


Berdoa sentiasa dianjurkan oleh Allah S.W.T seperti mana firmanNya:


“Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan.”


Maksudnya, apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah S.W.T yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah S.W.T akan memberinya satu di antara tiga; Allah S.W.T langsung mengabulkan doanya; Allah S.W.T akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat; dan Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya.


Bagaimanapun, terdapat juga doa-doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T seperti doa daripada orang-orang yang melakukan maksiat, doa yang sentiasa dengan perasaan riak serta memohon doa yang dilarang oleh agama.


Hikmah berdoa yang digariskan dalam Islam itu terlalu luas untuk di dalami oleh setiap manusia. Doa yang jujur dan ikhlas itu supaya Allah memakbulkan doa untuk keberkatan hidup. Berdoa juga dapat mendidik diri manusia sentiasa mengingati Allah tidak kira dalam keadaan susah mahu pun senang.


Oleh itu, setiap umat Islam itu hendaklah sentiasa berdoa untuk keredhaan hidup di duna dan akhirat. Allah menegah setiap dari kita berdoa sahaja tanpa usaha dan tawakal untuk membolehkan kita mencapai setiap perkara yang dihajati.

SIFAT2 MAZMUMAH

~ Bismillahir Rahmanir Rahiim ~

Berikutan ini, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.

Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini....


TAMAK DAN BURUK SANGKA. Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.


CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN. Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.


CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN. Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.


UJUB(Kagum dengan diri sendiri). Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.


PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA. Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.


RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG. Lalu aku menghadapinya dengan sikap iklhas dan Tawaduk.


HASAD. Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.


BAKHIL. lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.


TAKBUR. lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.


TAMAK. Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.
p/s : "Wahai orang-orang muda yang masik terlena dengan keseronokan, anda mungkin merasa terlalu awal untuk hidup serius. Anda merasa lebih baik berseronok dahulu sebelum bertaubat dan menukar gaya hidup. Benarkah hati anda pernah merasa puas setelah pergi berseronok di mana-mana"

Sunday, 25 March 2012

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Allah Maha Adil kpd setiap hambanya.Diciptanya manusia yg mempunyai kekuatan dan kelemahan yg berbeza2 agar manusia dapat bekerjasama antara satu sama lain,bukan utk berbangga atas kelebihan atau putus asa atas kelemahan yg ada....

RAIKAN KEJAYAAN WALAUPUN KECIL

Apabila kita mendapat kejayaan yg kecil sekalipun ,raikan kejayaan itu . Jangan beranggapan ,kejayaan itu cuma kecil dan tidak ada apa2 signifikannya.Sedangkan hanya kejayaan kecil dihargai dan disyukuri barulah kejayaan yg lebih besar akan menjelma.Ya,barangsiapa yg tidak bersyukur dengan yg sedikit,sekali-kali tidak akan bersyukur dengan yg banyak.

HARGAI DIRI SENDIRI

hargailah diri nescaya kita akan dihargai.....
· ·

BANYAKKAN MEMBERI DARI MENERIMA

untuk rasa gembira dalam hidup ,banyakkan memberi...
· ·
    • Zakiyah Abd Majid memberi akn mggembirakan jika pemberian itu dilakukan dengan rasa ksh syg......jika kita dlm keadaan sedih atau trtekan ,carilah seseorg dan beriknlh sesuatu kpdnya walau skdr sekuntum senyuman....nescaya hati kita akn kmbali gmbira...insyaallah...

KATA AHLI SUFI

kata ahli sufi...
"Carilah syurga yang disegerakan di dunia (Al-jannatul Ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia ini lagi,maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti"

IBUKU

Pada minggu lepas ,cuti seklah,hari khamis ,kami balek kampong, Kami tidak boleh kerana jadual kelas tambahan syahirah begitu padat, Walau sesingkat mana pun aku mesti blek untuk mengambil peluang menjaga ibu yang sakit, Sakit ibu tidak separah dulu tetapi kepala dia masih pening., Ini menyukarkan beliau untuk bergerak sendiri,semuanya kena bantu...takut beliau jatuh.

Tuesday, 21 February 2012

KAGUM DENGAN KEBESARAN ALLAH

Aku pernah sangat KAGUM pada manusia cerdas, manusia yg kaya, manusia yg berhasil dalam kerjaya hidup dan hebat dunianya....
Sekarang aku memilih mengganti kriteria kekagumanku, aku kagum dengan manusia yg hebat di mata ALLAH. Manusia yg sanggup taat dan bertaqwa kepada ALLAH, sekalipun kadang penampilannya begitu bersahaja…
Subhanallah,Allahuakhbar...
Hebatnya PERANCANGANMU Ya ALLAH...

IBU IMAM SYAFIE

bismillahirrahmanirrahim...

Salam ceria sokmo daripada syabab addin,Segala Puji Bagi Allah swt yang menciptakan segala-galanya serta selawat & salam buat nabi muhammad saw,keluarga baginda serta para sahabat radhiallah ajma'iin..=)

syabab addin menelusuri kisah imam yang amat disanjungi ilmunya,wara'nya dan akhlaknya.Walaupun banyak lagi imam-imam/ulama'-ulama' yang hebat tapi untuk kali ini syabab addin memilih imam syafie.

siapa tak kenal dengan imam syafie,seorang ulama' mazhab yang terkenal seluruh dunia.Kitab-kitabnya menjadi rujukan hingga ke hari ini,alhamdulillah.Disebalik kehebatan imam syafie,pasti kita tertanya-tanya akan siapa ibu imam syafie kan?

sejak kecil imam syafie memiliki kecerdikan dan ingatan yang kuat.Umur 9 tahun pun sudah menghafaz al-quran.Menghafaz bait syait sebanyak 10,000..menguasai ilmu hadith dan fekah.Sejak umur 15 tahun sudah jadi guru dan dibenarkan memberi fatwa.Memang keistimewaan yang Allah berikan kepada imam syafie.Apabila ditanya ibunya,ummah habibah..apakah rahsianya mendidik imam syafie sehingga anaknya itu memiliki ingatan yang sungguh kuat.Antara jawapannya:

"saya sentiasa doakan kebaikan untuknya,makan dan minumnya saya pastikan drp sumber yg halal,saya tak memarahinya apatah lg ingin memaki hamunnya kerana kata2 ibu adalah doa.Sekiranya dia melakukan kesalahan,saya akan didiknya dgn nasihat dan tunjuk ajar."kata ummu habibah... Syabab Ad-din merasakan hebat watak ibu iman syafie..=)

itulah akhlak ibunya yang terserlah sebagai seorang ibu yang mithali,walaupun ketiadaan suami tapi ia dapat mendidik imam syafie dengan penuh kasih sayang.Hebat wataknya ini sebagai seorang ibu.Syabab addin berharap kaum muslimah supaya berusaha mendidik diri menjadi seorang ibu yang baik dan solehah,dapat membantu suami kelak dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

Para muslimin juga perlu mengemudi baitulmuslim dengan nilai-nilai agama,hidup suburkan sifat hormat menghormati dengan isteri,bertutur dalam bahasa yang paling manis kerana akhlak ibubapa akan mencorakkan akhlak anak-anak nanti,insyaAllah...=)

kisah ibu imam syafie ini patut dijadikan contoh buat para bakal-bakal ibu dan motivasi buat para muslimah sekalian,seorang ibu terlalu rapat dengan anaknya.9 bulan 10 hari berada dalam kandungan ibu,memang cukup akrab...semoga akan lahir lagi bakal-bakal ulama' pewaris nabi saw hasil drp didikan yang baik drp ibubapa,insyaAllah...=)

Monday, 20 February 2012

ibuku

ibuku sakit dan kini berada di rumah adik di klang....

Monday, 13 February 2012

IBUKU YANG TERCINTA

IBUKU DISERANG PENING....SUDAH 4 HARI TIDAK BOLEH BANGUN...ADIK BAWA KE HOSPITAL IPOH DAN DITAHAN UNTUK PEMERIKSAAN LEBIH LANJUT.SUDAH 4 HARI DI HOSPITAL MAK MASIH PENING TAPI TIDAKLAH SETERUK SEBELUM NI.....KESIAN IBUKU DAN AKU MERASAKAN IBU ADA MEMENDAM PERASAAN ....ERTI KATA LAIN MAK STRESS...MUNGKIN FIKIRKAN FASAL ANAK2 DAN CUCU2NYA....KU MOHON PADAMU ILAHI SEMBUHKANLAN MAK MOGA DIA KEMBALI CERIA SEPERTI DULU....OH IBU...KU SAYANG PADAMU...

Thursday, 2 February 2012

SURAH AL-KAHFI

SUNNAH MALAM JUMAAT / HARI JUMAAT : MEMBACA SURAH AL-KAHFI.

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripada fitnah dajjal" (HR. Ibnu Katsir)

Monday, 23 January 2012

PENTINGNYA KESEDIHAN

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.

Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.

KEKURANGAN DAN KELEBIHAN

Kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN,

Namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN,
menjadi KELEBIHAN, itulah KESEMPURNAAN.

Tiada manusia yang hidup BERBAHAGIA sepanjang masa,
Tetapi ianya bukan alasan untuk hidup SENGSARA..(^_^)

PENGHALANG DOA

Penghalang DOA

DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita; kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh.

Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.

2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih

3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.

4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan. ALLAH telah berfirman: "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. " AI Maidah: 91. Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud 'Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram." Riwayat Muslim

5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.

6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya.ALLAH telah berfirman; "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia(lemah-lembut).Rendah
kanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan "Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha;taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil." Al Israk: 23-24

7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat seperti bermain silap mata.

8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.

9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.

10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lain supaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.

11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka.Inilah perkara yang paling ditakuti kerana ketika di dalam kubur lagi
akan ditimpakan azab yang pedih.

13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang
dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.

14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.

15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.

16. Orang yang bermain catur dan judi.

17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada
berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang
mengasyikkan.

18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; "Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. "

Sunday, 15 January 2012

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,
"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."
 Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."
Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.

SABAR DLM MENJAGA HATI

SABAR DALAM MENJAGA HATI
Menjaga hati untuk tidak ujub (gemar membanggakan kelebihan yg ada pada diri sendiri, atau merasa “lebih” dari orang lain), takkabur (merasa besar, merasa hebat) , riya’ (senang mempertontonkan atau ingin diketahui dan dilihat bagus, baik dan hebat oleh orang lain ) atau sejenisnya.
KIta sadari atau tidak sifat-sifat tersebut kerap kali datang di hati kita. Seorang ustadz yang sedang berceramah, seorang imam di masjid atupun mushala, atau siapapun juga yang punya kesempatan berkomunikasi dengan orang banyak, atau orang lain yang sedang diperhatikan oleh orang, sering terjangkit penyakit tersebut.
Virus-virus kebathilan tersebut, semuanya berjangkit di HATI. Oleh karena itu tak ada seorangpun yang dapat mengetahui secara pasti, apakah seseorang tersebut sedang terjangkit virus-virus yang tidak baik tersebut. Terkecuali Allah SWT, itulah sebabnya setiap kita manusia hendaknya dapat melakukan INTROSPEKSI pada hatinya sendiri. Maka tetaplah bersabar dalam menjaga Hati Kita, untuk tidak ujub, riya’ atupun takkabur....(DAHSYATNYA SABAR)
-Akmal Husaini-

Sunday, 1 January 2012

ZIKIR

‎~ IndahNya IsLam ManisNya iMaN ~ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Zikrullah itu adalah penawar bagi hati.” Sesungguhnya zikir itu boleh dilakukan melalui beberapa keadaan sama ada zikir secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan mengenai mengingati Allah SWT dengan lisan atau hati bahawa ia adalah zikir yang paling afdal.

HIKMAH BERSELAWAT

~ IndahNya IsLaM ManisNya iMaN ~ KEAJAIBAN SELAWAT : Salam sejahtera. Hari jumaat merupakan “raja” segala hari buat orang islam dimana hari yang akan kita semua umat manusia akan dibangkitkan, maka seisi alam akan musnah sama sekali. 1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.) 2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. 10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 16) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 17) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani