Tuesday, 28 August 2012
ANAK BONGSUKU
Noor Syahirah ,anakku sayang diserang Tonsil....demam ,batuk n selselma menjadikan badannya lemah....sakit menyerang mulai kemarin selepas exam trial add math.....kesiannya dia...selepas maghrib aku n abangnya bawa ke klinik ....kena pi jgk sbb hari ni exam math n esok exam fizik....kesian dia x dapat menumpukan sepenuh perhatian utk mejawab soalan....moga dengan izin Allah dengan makan ubat,berdoa kepadanya anakku kembali pulih dan dapat menjawab soalan fizik dengan baik....Oh Tuhan kepada mu ku harapkan pertolongan moga anakku pulih seperti sediakala....Oh my lovely daughter....love u so much....banyak berkongsi cerita dengannya...
Raya 2012
Gembiranya menyambut Raya pada tahun ini kerana keluarga kami bersatu kembali...Alhamdulilah....sebelum Ramadan ,semasa Ramadan aku sentiasa berdoa moga Raya kali ini menjadi begitu bermakna.Alhamdulilah syukur padamu ya ilahi kami bergembira bersama2 walaupun ada sedikit yang tak kena....biasa le kita kn manusia biasa x dapat lari daripada perkara tu.... mak pun nampak gembira....Raya ke 7 kami bersama2 meraikan perkahwinan hanif....meriah sekali.Moga kebahgian keluarga kami akan berterusan sampai ke syurga...Amin...
Saturday, 7 July 2012
mashed potatoes
Mashed Potatoes
Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan
dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang.
Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan
letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan.
Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut
sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed lebih gebu dan lemak.
Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed lebih gebu dan lemak.
Thursday, 21 June 2012
PUDING ROTI KARAMEL
PUDING ROTI KARAMEL (KUKUS)
Bahan-bahan : (1 loyang kecil)
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia – dicarik2 kecil
3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
2 cawan air suam@susu cair@susu segar ---->PILIH SLH SATU JER
1 sudu besar tpg kastad
1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
sedikit esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan pengukus.
2. Masukkan gula ke dalam loyang, jadikan gula hangus. Kemudian ketepikan.
3. Blender roti bersama air suam dan susu.
4. Kemudian masukkan esen vanilla bersama telur yang telah ditapis tadi...tepung kastard.... Blender sekejap.
5. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus hingga masak lebih kurang 30 - 40 minit.
Bahan-bahan : (1 loyang kecil)
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia – dicarik2 kecil
3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
2 cawan air suam@susu cair@susu segar ---->PILIH SLH SATU JER
1 sudu besar tpg kastad
1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
sedikit esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan pengukus.
2. Masukkan gula ke dalam loyang, jadikan gula hangus. Kemudian ketepikan.
3. Blender roti bersama air suam dan susu.
4. Kemudian masukkan esen vanilla bersama telur yang telah ditapis tadi...tepung kastard.... Blender sekejap.
5. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus hingga masak lebih kurang 30 - 40 minit.
Friday, 8 June 2012
10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI
10 Awal
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ
Segala
puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya
(Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu
yang bengkok (terpesong):
قَيِّمًا
لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
(Bahkan
keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk
memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang
seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada
orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka
akan beroleh balasan yang baik.
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّـهُ وَلَدًا
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
(Sebenarnya)
mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga
bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar
dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَـٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
Maka
jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu
disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk
mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya
Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya,
kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih
baik amalnya.
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
Adakah
engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan
"Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan Kami?
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
(Ingatkanlah
peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu
mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan ugama kami".
Subscribe to:
Posts (Atom)