Saturday, 7 July 2012

mashed potatoes

Mashed Potatoes

Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed lebih gebu dan lemak.

Thursday, 21 June 2012

PUDING ROTI KARAMEL

PUDING ROTI KARAMEL (KUKUS)

Bahan-bahan : (1 loyang kecil)
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia – dicarik2 kecil
3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
2 cawan air suam@susu cair@susu segar ---->PILIH SLH SATU JER
1 sudu besar tpg kastad
1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
sedikit esen vanilla

Cara-cara :
1. Panaskan pengukus.
2. Masukkan gula ke dalam loyang, jadikan gula hangus. Kemudian ketepikan.
3. Blender roti bersama air suam dan susu.
4. Kemudian masukkan esen vanilla bersama telur yang telah ditapis tadi...tepung kastard.... Blender sekejap.
5. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus hingga masak lebih kurang 30 - 40 minit.

Thursday, 14 June 2012

Friday, 8 June 2012

10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI

10 Awal
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ 
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا 
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا 
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّـهُ وَلَدًا
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا 
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَـٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا 
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا 
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.


أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا 
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا 
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".


Sunday, 27 May 2012

KELETIHAN

HARI NI AKU RASA SANGAT LETIH....MENGEMAS RUMAH ,MENGEMOP LANTAI N MEMASAK.....SLESAI SEMUA KERJA AKU BUKA FB.BACA POST KAWAN2 SAMPAI TERLENA...BILA TERJAGA AKU RASA LEBIH SEGAR....ALHAMDULILLAH KELETIHAN KU HILANG.

Saturday, 26 May 2012

HIKMAH BERDOA

~ BismillahirRahmanirRahiim ~
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kenapa berdoa itu penting dalam hidup mukmin


“Umat Islam digalakkan berdoa untuk kebaikandi dunia dan di akhirat. Manusia hanya mampu berusaha, segala ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Memohon sesuatu daripada Allah hendaklah disertai dengan perasaan insaf, jujur, dan ikhlas supaya mendapat petunjuk dan hidayahNya.” – Al-Baqarah; 201.


Setiap manusia yang menginginkan ketenangan, kebahagian dan kesenangan hidup hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya, tidak mustahil segala hajat akan tercapai disusuli dengan usaha dan tawakal.


Namun, terkadang itu manusia mudah alpa dan kerap kali lari dari menunaikan tanggungjawab untuk berdoa kepada Yang Maha Esa. Malah, kepentingan berdoa sebagai sebahagian inti pati kehidupan juga sering dipandang ringan dan dianggap perkara yang remeh.


Hakikatnya, kepentingan berdoa merupakan salah satu bentuk komunikasi seseorang hamba dengan Raabnya (Tuhannya) dan juga satu bentuk hubungan yang mujarab bagi mendekatkan diri dengan Pencipta.


Doa adalah permohonan seseorang hamba kepada Raabnya untuk memohon perlindungan (inayah) dan pertolongan (ma’unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT, serta ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah S.W.T.


Doa juga merupakan pujian kepada Allah S.W.T, dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepadaNya sehingga Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud ” Doa adalah ibadah” . Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.


Berdoa sentiasa dianjurkan oleh Allah S.W.T seperti mana firmanNya:


“Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan.”


Maksudnya, apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah S.W.T yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah S.W.T akan memberinya satu di antara tiga; Allah S.W.T langsung mengabulkan doanya; Allah S.W.T akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat; dan Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya.


Bagaimanapun, terdapat juga doa-doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T seperti doa daripada orang-orang yang melakukan maksiat, doa yang sentiasa dengan perasaan riak serta memohon doa yang dilarang oleh agama.


Hikmah berdoa yang digariskan dalam Islam itu terlalu luas untuk di dalami oleh setiap manusia. Doa yang jujur dan ikhlas itu supaya Allah memakbulkan doa untuk keberkatan hidup. Berdoa juga dapat mendidik diri manusia sentiasa mengingati Allah tidak kira dalam keadaan susah mahu pun senang.


Oleh itu, setiap umat Islam itu hendaklah sentiasa berdoa untuk keredhaan hidup di duna dan akhirat. Allah menegah setiap dari kita berdoa sahaja tanpa usaha dan tawakal untuk membolehkan kita mencapai setiap perkara yang dihajati.