Wednesday, 30 November 2011

KEINDAHAN ALAM

Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya,
dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria,
bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang langit.
Kita boleh menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak.
Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang,
cinta dan saat-saat kebahagiaan.

Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini.
Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya.
Inilah diantara nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita,
bahkan telah memilih kita menjadi hamba-Nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya.
Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali ciptaannya.

KELEBIHAN SELAWAT

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.


Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah- mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
*bs*

RAHMAT ALLAH

"Allah s.w.t menentukan pemberian RahmatNya itu kepada sesiapa saja yang d kehendakiNya, dan (ingatlah) Allah s.w.t mempunyi limpah kurnia yang besar".
(Surah Ali-Imran: Ayat 74)

HADITH

Hadith :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah).

Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini?

Ilmu, wang atau selainnya?

Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.

Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya.

Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.”

Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

SOPAN SANTUN

~*~.Hendaklah kita bersikap sopan santun dan lemah lembut terhadap semua orang, agar kita mendapat limpahan Rahmat Illahi dan terhindar dari segala bencana. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pernah Allah berpesan kepada Nabi Ibrahim a.s. : "Hai Kesayangan-Ku, LUHURKAN BUDIMU sekalipun terhadap orang kafir, Nescaya engkau akan MENCAPAI KETINGGIAN. Sudah menjadi kewajipan-Ku, melindungi setiap orang yang BERBUDI LUHUR dan MEMASUKKANNYA KE DALAM TAMAN SYURGA-KU dan MENDEKATKANnya DI SISI-KU". (H.R.Al-Hakim).~*~.

BERSYUKUR DLM SEMUA KEADAAN

<< Bersyukurlah dalam setiap keadaan >>

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Kita bersyukur kepada Allah daLam semua keadaan.
Samaada masa gembira, mahupun ketika ditimpa musibah.

Ucaplah :
Alhamdulillah, ketika kita rasa bahagia.
Alhamdulillah, ketika kita rasa gembira.
Alhamdulillah, ketika kita rasa ceria sentosa.

Malah, ucap juga
Alhamdulillah, walau kita sedang bersedih.
Alhamdulillah, walau kita berasa susah.
Alhamdulillah, wakau ketika kita sakit.

Ucaplah Alhamdulillah daLam setiap ketika dan keadaan.
Kerana ucapan itu menunjukkan kita bersyukur
dan kita redha dengan segala ketetapan Illahi kepada kita.

Salam ceria, salam bahagia untuk semua. :)

PUTUS ASA DALAM BERTAUBAT

✿ܓ♥ Janganlah berputus asa dalam bertaubat dan menambah ilmu amal soleh kerana tidak ada seoarang manusia pun yang layak menentukan sama ada tempat anda di neraka atau di syurga..melainkan anda telah berputus asa drpda rahmat Allah….ketika itulah anda telah mencalonkan nama anda sendiri untuk ke sana…✿ܓ♥