Tuesday, 23 August 2011
Monday, 22 August 2011
YA ALLAH YA TUHANKU
Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah,
agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah).
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia (Allah) dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
...maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,
sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."
Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu;
jika kamu orang-orang yang baik,
maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
* Quran - Surah Al Israa' : 22 - 25 *See More

Saturday, 20 August 2011
AMALAM 10 MALAM TERAKHIR
Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.
Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.
Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.
Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.
Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”
Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”
kehidupan tauhid blog
Friday, 19 August 2011
IBUKU YANG TERCINTA
Kelmarin pagi2 lagi ibu yang tersayang menelefon aku yang dia hendak pergi buat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pantai di Ipoh.Ini disebabkan dia selalu rasa pening dan,sakit perut.Walaupun berkeaadaan begitu,dia masih berpuasa.Dia pergi ke hospital tersebut bersama kakak dan abang.Lebihkurang pukul 9 pagi adik ada memberitahu keadaan mak,Tersirap darahkubila adik bagitau tekanan darah ibuku nak sampai 210 dan kandungan gula pula 11 dan kandungan kolestrol juga tinggi.Aku terus menelefon kakak brtanyakan hal tersebut.Kakak kata doktor telah memberitahu mak sebelum ini suruh tukar ubat,Ubat yang ibuku makan sudah menjangkau 5 tahun dan sudah tidak berkesan lagi.Ibuku juga buat pemeriksaan ecg dan doktor menyatakan keadaan jantungnya baik dan tiada salur darah yang tersumbat.Lepas tu doktor suruh ibuku makan ubat yang baru. Selepas 1 jam doktor memeriksa tekanan darah ibuku,alhamdulillah dah turun ke tahap 180.Keaadan ibuku hari ini semakin pulih tapi kami semua tidak membenarkan dia berpuasa lagi,biarlah dia berehat dulu.Kalau keaan kesihatan dah baik esok atau lusa bolehlah dia berpuasa semula.Sebenarnya ibuku memang seorang yang kuat semangat walaupun sudah berumur 83 tahun.Kepadamu ilahi ku panjatkan doa moga ibuku kembali sihat dan ceria.Amin yarabbal Alamin.
KETENANGAN DI MALAM 20 RAMADHAN
Malam ni aku rasa begitu khusyuk sekali semasa solat isyak dan trawih dibanding dengan malam2 sebelum itu.Syukur padamu ilahi megurniakan nikmat tersebut.Terasa dirimu begitu dekat denganku.Bukan senang kita nak dapat ini.
Terasa begitu indah hidup ini.Tiada fikir benda2 lain ,perhatian tertumpu sepenuhnya kepada bacaan imam,Tidak terasa letih menunggu imam menghabiskan surah yang panjang.Oh Tuhanku aku berharap moga keadaan ini berterusan sehingga ke akhir ramadhan serta selagi nyawa dikandung badan..Itulah doaku semasa sujud dalam solat isyak dan trawih tadi.Perkenankanlah duhai tuhanku yang maha esa.
Tuhanku....
Yang maha esa
Perkenankanlah segala doaku
Berikanlah ketenangan kepadaku
Agar aku dapat beribadat kepadaMU
Mencari rezeki yang halal
Menyampaikan ilmu
Buat anak didikku yang tercinta
Melayani suami dan anakku yang tersayang
Dapat ku lakukankan yang terbaik
Demi agama,bangsa dan negara
Amin yarabbal Alamin.....

TA ARUF
Ta'aruf? anda tahu tak maksudnya? Ta'aruf yang saya ingin kongsikan disini adalah ta'aruf sebelum perkahwinan.
Saya terbaca satu komen dari seorang sahabat,
"Cinta selepas ikatan perkahwinan yang sah.. Membawa berkah yang berpanjangan hingga ke syurga.. Ketenangan, kebahagiaan, kedamaian.. Terutamanya apabila setelah ijab qabul.. Kali pertama pasangan mulai keluar dating bersama.. Kali pertama berpegangan tangan.. Kali pertama bersms, calling gurau senda.. Kali pertama segalanya.. :-)"
Indahnya mendengar ceritanya.. Best kan kalau bercinta selepas kahwin? Tapi ramainya gopoh untuk bernikah sedangkan mereka tidak memikirkan tanggungjawab perlu dipikul selepas perkahwinan. Tanggungjawab kepada ibu dan ayah, kepada isteri dan anak-anak. Itu antara salah satunya yang perlu difikirkan sebelum anda berkahwin.
Berbalik kepada ta'aruf tadi. cinta selepas kahwin, lagi syok kan?
Lebih baik berta'aruf daripada bercouple yang tidak ada kesudahannya.
Ta'aruf perlulah dihadiri oleh kedua ibu bapa atau penjaga kedua-dua belah pihak.
"percintaan sebelum perkahwinan biasanya memudarkan alam perkahwinan"
Kadang-kadang kata-kata itu amat benar. Kita tengok ramai yang bercouple, kehidupan mereka kononnya berada dalam syurga cinta. Tetapi berapa ramai yang tidak rasa keseronokan yang mengimpikan untuk mendapat keluarga sakinah sewaktu alam perkahwinan? Kerana sudah tepu dengan kata-kata manis sang lelaki sebelum berkahwin sampai hilang rasa keindahan alam percintaan selepas kahwin lalu mengambil keputusan untuk bercerai. Nauzubillah.
Jadi, let's ta'aruf. Sebelum bercouple atau sudah bercouple, lekas-lekas kita fikir.
"couple dapat jamin kebahagiaan ke selepas berkahwin??"

Thursday, 18 August 2011
MENGUJI PERSPEKTIF DIRI
Sebaik-baik muhasabah diri adalah dengan merenung kelemahan dan dosa-dosa lalu dengan penuh istighfar dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bertaubat
RAMADHAN : MEDAN MUHASABAH DIRI
Ramadan sperti seorang ayah, mengajar umatnya memberi maaf, menjernihkan hubungan dan mengelakkan sengketa yang membawa kehancuran.
RAMADAN kini berada pada pusingan yang pertama. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan mengharapkan keredhaan Allah pastilah saat ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal soleh dan kebajikan.
Ramadhan begitu didambakan sebagai bulan membentuk peribadi muslim dan mentarbiyyah diri daripada kekangan hawa nafsu.
Ramadhan bertujuan mencapai matlamat ibadah puasa disyariatkan, iaitu menjadi insan lebih bertakwa. Sehubungan itu, dalam usaha mencapai tahap berkenaan memerlukan hidayah serta petunjuk daripada al-Quran yang diturunkan pada Ramadan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2)
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) menegaskan bahawa permulaan jalan hidayah ialah ketakwaan zahir dan kesudahan jalan hidayah adalah ketakwaan batin.
Katanya, petunjuk hanya akan diperoleh oleh orang yang berusaha menyediakan dirinya supaya menjadi orang bertakwa. Beliau menjelaskan ketakwaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan kedua, meninggalkan larangan-Nya.
Apabila ibadah puasa hanya dilaksanakan sebagai amalan menahan lapar serta dahaga bermula dengan terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan tidak lebih daripada itu. Jika itu keadaannya, maka jadilah kita sebagai sebahagian daripada orang yang rugi dan tercela.
Maka sesudah berlalunya Ramadan kelak, tiada sebarang peningkatan dicapai dalam jalinan hubungan dan ketaatan terhadap Allah. Ada satu kaedah dalam Islam yang menyatakan, “Apa yang tidak dapat dilakukan keseluruhannya maka usahlah ditinggalkan keseluruhannya.”
Kita tidak akan dicela jika tidak dapat mencapai peringkat ketakwaan tertinggi tetapi kita dicela kerana tidak melakukan sebarang usaha, sedangkan kita masih berkemampuan.
Selain bermuhasabah mengenai hubungan dengan Allah, ketaatan dan ketakwaan terhadap-Nya, kita juga wajar menilai sejauh mana ibadah puasa dilaksanakan dapat mendorong untuk sentiasa memperbaiki serta mengukuhkan hubungan sesama manusia, iaitu salah satu sifat dan ciri utama golongan bertakwa.
Justeru, hitung dan nilailah sama ada kekusutan dan perbalahan yang mungkin berlaku sudah dileraikan. Atau sebaliknya, sehingga saat ini kita masih belum bertegur sapa dan bersedia memaafkan ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat-handai dan jiran tetangga.
Amat malang bagi kita jika pada bulan yang menjanjikan keampunan Allah ini, kita pula masih bersengketa dan bermusuhan serta tidak bersedia untuk saling memaafkan antara satu dengan lain. Padahal kita cukup menyedari bahawa kesepakatan, perpaduan dan kesatuan amat penting bagi kemajuan, keutuhan serta kesejahteraan ummah.
Sebaliknya, perbalahan dan persengketaan hanya merugikan selain mengakibatkan kehancuran serta kemusnahan. Al-Quran merakamkan pujian terhadap orang yang lebih suka memaafkan dan menjernihkan hubungan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)
Sementara hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta dan tidaklah Allah menambahkan bagi hamba yang suka memaafkan (kesilapan orang lain) melainkan kemuliaan, dan tidaklah seseorang itu tunduk tawaduk kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
Al-Quran menggariskan peranan penting itu kerana ia akhirnya dapat mengelakkan kezaliman terhadap salah satu pihak dan menyatukan kembali kedua-duanya, NUR NAIMAH BLOG-BEING A DOCTOR FOR UMMAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)