Saturday, 15 October 2011

tahajud

Hikmah terjaga di tengah-tengah malam :
Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam,
ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t.
Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah.
Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita,
paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa)
walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah.
Kemudian tidurlah.
~LB~

Friday, 14 October 2011

mcm2

  • Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

    Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

    Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

    Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

    Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

    Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

    i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

    ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
    iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

    iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

    Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

    1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

    2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

    3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

    Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

    Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

    Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

    Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

    Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

    Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

    Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

    Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
    The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

    Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

    Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

    Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

    Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

    Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi


kolam renang

Golden Triangle Resort - Chiang Rai, ThailandDeretan kolam renang di dunia yang cukup menakjuban dan unik bagi kami. Permandangan kolam renang yang berlatarbelakangkan visual yang luar biasa dan indah. Ada sekitar 15 kolam renang dari serata pelosok dunia yang mampu memberikan anda seribu satu pengalaman yang cukup berharga semasa percutian anda kelak. Mana tahu kan?
Yang membuatkan kolam renang ini unik ada paras air di dalamnya lebih tinggi daripada tembok penghadangnya sehinggakan ia kelihatan mengalir dan terus mengalir seperti air di dalam klam renang tersebut satang daripada suatu sumber air yang tidak akan pernah habis…..

Murni’s Villa - Ubud, Bali
Lake Manyara Serena Lodge - Tanzania, Africa
Sheraton Waikiki - Hawaii
Rangali Island - Maldives
Hotel Villa Mahal - Turkey
Marina Bay Sands Hotel and Casino - Singapore Kredit : Ohduniaku (Gambar) Kolam Renang Yang Menakjubkan Di Dunia | Ohduniaku http://ohduniaku.com/kolam-renang-dunia#ixzz1akFws8SD

Divi Little Bay Beach Resort - St. Maarten Kredit : Ohduniaku (Gambar) Kolam Renang Yang Menakjubkan Di Dunia | Ohduniaku http://ohduniaku.com/kolam-renang-dunia#ixzz1akG1h1ck
Los Cabos, Mexico
Mes Amis Resort
Intercontinental Hotel - Fiji
Alila Ubud Hotel - Bali, IndonesiaCanteknya!!     ~a n i s                         http://ohduniaku.com/kolam-renang-dunia      

Tuesday, 11 October 2011

LUKANYA HATI INI

HATIKU TERLUKA.SAMPAI SAAT INI AKU X MAMPU MENGUBATI KELUKAAN INI.OH TUHANKU SEMBUHKAN KELUKAANKU AGAR HIDUP KU TENANG DAN CERIA.AKU PAYAH SEKALI UNTUK MENATAP WAJAH2 INSAN2 YANG MELUKAI HATIKU.MALAS NAK BERTEMBUNG DENGAN MEREKA KERNA IA AKAN MENGINGAT KEMBALI PERBUATAN MEREKA YANG MENYEBABKAN HATIKU TERLUKA.

Saturday, 8 October 2011

10 PEMBASUH DOSA DAN PENAWAR HATI

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

Thursday, 6 October 2011

LARIAN 30 MINIT

Larian 30 minit yang lebih efektif

Interval training adalah latihan yang sangat dicadangkan untuk meningkatkan daya tahan badan dan menjadikan badan lebih tegap. Kajian menunjukkan lebih banyak lemak akan dibakar dengan interval training ini (sehingga 30% lebih banyak) berbanding dengan latihan yang biasa. Kali ini saya akan berkongsi mengenai interval training untuk larian.
Antara kelebihan larian ini adalah ia mampu membakar lebih lemak sehingga 36% lebih baik dari larian biasa. Mahu bakar lemak lebih? Inilah masanya!
Bagaimana?
  1. Berjalan dengan langkah biasa selama 1 minit
  2. Berjalan dengan lebih laju selasa 1 minit
  3. Mulakan larian yang perlahan selama 1 minit
  4. Pecut untuk 1 minit
  5. Tamatkan dengan tarik nafas dan hembus nafas secara perlahan-lahan (sambil berjalan, JANGAN BERHENTI!
  6. Ulang sehingga 6 kali
Lakukan rutin ini 2-3 kali seminggu dan rasailah sendiri badan anda akan menjadi lain. Rasa lebih bertenaga!




Saturday, 1 October 2011

KEWAJIPAN YANG BERUBAH

As salam para sahabat yang di kasihi. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita semua. Semalam, seperti juga hari2 yang terdahulu, saya mengendalikan kursus untuk para pengurus di sebuah agensi gergasi dlm bidang hartanah. Sesi berjalan dgn jayanya. Satu rumusan yg saya dapati ialah: kebanyakan pengurus, spt juga kebanyakan org lain, tak nampak keperluan utk berubah setiap hari ke arah yg lebih cemerlang. Nabi bersabda: Org yg dua hari berturutan tidak berubah, pasti menuju kegagalan. Justeru, kita yg tidak berubah setiap hari sememangnya tanpa sedar menuju kegagalan. Jika pemimpin gagal, macam mana pengikut nak berjaya? Jika pengurus gagal, macam mana pekerja nak berjaya? Jika ibu bapa gagal, macam mana anak2 nak berjaya? Begitulah seterusnya....
   Persoalannya, apa nak buat? Mulai hari ini, kita buat azam utk terus berubah hingga akhir hayat. Cara nak berubah?
1. Sebelum tidur, maafkan semua org, berdoa dan buat azam: Ya Allah, jika esok aku masih hidup, jadikan esok lebih baik drp hari ini. Tapi jika akau mati esok, matikan aku dlm husnul khatimah.
2. Bangun pagi terus tersenyum dan berdoa: Syukur ya Allah aku masih panjang umur. Jadikan hari ini lebih baik drp semalam ya Allah. Jadikan aku positif, sihat, bersemangat dan ceria utk pergi kerja/sek/IPT/dsbnya.
3. Amalkan sunnah2 harian semasa di bilik air, berpakaian, sarapan, nak keluar rumah dsbnya.
4. Keluar rumah dgn melangkah kaki kiri dan berdoa. Pasang berbagai niat utk pergi kerja/sek/IPT -- Ya Allah aku keluar rumah nak cari rezki halal, cari ilmu, sampaikan ilmu, nak hapus dosa dgn kerja kuat, nak sembuhkan sakit, nak senyum dan beri salam kat org, nak cari kwn baru dan eratkan persahabatan yg dah ada, nak bantu org, nak bersedekah, nak bermaafan, nak doa mendoakan, nak jadikan hari ini lebih baik drp semalam, nak jadi sebab org lain dpt hidayah, dsbnya.
5.  Usaha utk cuci hati dgn solat taubat, istighfar, maafkan org, kekalkan wuduk, baca Quran, cuci pinggan, etc
6. Belajar utk sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif
7. Cuba utk buat apapun dgn kaedah yg terbaik ie ikut sunnah
8. Jaga ibadah setiap masa
9. Perbaiki hubungan dengan semua org
10. Cari guru atau mentor utk dpt bimbing kita ke arah kecemerlangan
11. Jaga penampilan diri agar sentiasa kemas dan menawan
12. Bentuk budaya diri atau amalan harian yg positif dan cemerlang -- cara makan minum, cara bersapa, bercakap, cara menegur, menerima teguran, cara bermesyuarat, etc
   Moga kita semua sentiasa berubah dan di rahmati Allah. Wassalam   
AKMAL HUSAINI NOTE