Thursday, 29 December 2011

DAMAI DENGAN BERFIKIRAN POSITIF

Damainya Hidup dengan selalu berfikir positif

Segala Puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Sadar gak sadar, ada satu hal yang dapat menyebabkan hidup kita menjadi tidak bahagia, yaitu sering nya diri kita berfikir negatif. Semua hal dapat menjadi rumit jika kita selalu memikirkan sisi negatif dari segalanya. Pikiran-pikiran negatif dan kata-kata negatif yang kita keluarkan juga kita dengarkan secara tidak langsung dapat membuat hati ini juga menjadi negatif. Hal ini yang menyebabkan mengapa kita dilarang mempunyai prasangka negatif dalam ajaran islam. Memang susah untuk dapat hidup dengan selalu berfikiran positif, karena banyak sekali godaan baik dari diri kita sendiri maupun dari musuh kita syaitan yang sering membisikan hal-hal yang negatif. Hal-hal ini dapat menjadikan hati kita menjadi kotor, sedikit-demi sedikit kita menjadikan diri kita menjadi orang yang pesimis dalam hidup.

Diriku sempat memikirkan bahwa fikiran negatif itu dapat merusak segalanya. Kita berfikiran negatif kepada seseorang yang sebenarnya akan berbuat baik kepada kita. Mengapa kita selalu mengawali nya dengan fikiran negatif ? Mengapa tidak diawali dengan fikiran positif ? Kita berusaha untuk melakukan suatu pekerjaan untuk mendapatkan sesuatu yang kita harapkan, pasti tidak sedikit fikiran-fikiran negatif kita selalu muncul, misal kalo gagal nanti gimana ? , kalo gak sesuai nanti gimana ? kalo tidak bisa nanti gimana ? dan masih banyak fikiran-fikiran negatif yang muncul di awal kita hendak melakukan suatu pekerjaan. Sehingga mungkin lama kelamaan malaikat yang bersama kita mencatat dan menjadikan itu sebagai doa yang buruk bagi diri kita sendiri. Karena selalu berfikir negatif akhirnya Allah SWT pun mengabulkan hal negatif yang kita fikirkan tersebut. Mengapa kita tidak berfikir positif saja dengan segalanya?

Kalau kita rasakan saja, kita akan lebih senang bergaul dengan manusia yang selalu optimis dan selalu positif. Baik pemikiran positif, kata-kata yang keluar dari mulut nya selalu positif dan hal-hal yang bersifat tidak negatif lainnya. Kita sebenarnya fitrahnya tidak akan pernah bisa bahagia dengan pemikiran-pemikiran, prasangka-prasangka, kata-kata yang negatif yang dapat menjadikan kita melakukan hal-hal yang negatif.

Saya dapat membayangkan kedamaian yang luar biasa dalam hidup ini jika semua orang hanya mempunyai pemikiran dan tindakan yang positif. Satu hal yang tidak boleh kita lupa, bahwa hidup kita ini sudah ada yang mengatur segalanya. Yang Maha Pencipta sesungguhnya telah mempunyai aturan dan rencana untuk hidup kita di dunia ini. Jadi mengapa kita selalu berfikiran negatif kepada sang pencipta ? Memikirkan hal-hal yang tidak perlu kita fikirkan, memikirkan apa yang akan terjadi di hari nanti atau esok. Sehebat itukah kita sehingga kita dapat berbuat demikian, apa hak kita untuk melakukan hal demikian. Jika kita hidup selalu positif, pastinya tidak akan gelisah dan khawatir dengan hal-hal yang negatif yang akan terjadi pada diri kita, karena kalaupun hal-hal yang negatif itu terjadi pada diri kita yakinlah Tuhan pasti sudah menyiapkan hal yang jauh lebih positif untuk diri kita. Karena Dialah yang mengatur segala nya tentang diri kita. Dan ada hal lain yang harus kita ingat, bahwa Allah SWT tidak akan pernah menganiaya hamba nya sedikitpun, semua kebaikan termasuk di dalamnya kita selalu berfikir positif pasti akan diketahuinya dengan baik. Dan dijadikannya hal tersebut menjadi doa bagi orang-orang yang selalu berserah diri kepadanya dengan selalu berfikiran baik dan positif kepada Tuhannya.

Mari kita sama-sama untuk selalu berfikiran positif dalam menjalani kehidupan dunia ini. Sedikit demi sedikit kita hilangkan semua pikiran yang negatif. Mungkin dengan cara :

1. Selalu berfikiran Positif kepada Allah SWT dengan terus menggali Alquran
2. Selalu berfikiran dan berprasangka baik/positif kepada sesama manusia
3. Jangan pernah memikirkan sesuatu negatif yang belum terjadi.
4. Selalu mengeluarkan kata-kata yang positif ketika berbicara
5. Jangan pernah mengeluarkan kata-kata negatif ketika berbicara
6. Mencoba untuk Berfikir selalu positif sehingga dapat menghasilkan perkataan, pemikiran dan perbuatan yang positif.

Hal tentang being positive ini merupakan sesuatu yang sangat indah, yang dapat menjadikan kita hidup dengan tentram.
No more negative ....

Sumber : http://bowo.web.id/bowo_view_

YA ALLAH KPD MU KU MOHON PERTOLONGAN

YA ALLAH HANYA KEPADA ENGKAU AKU MEMOHON PERTOLONGAN
(Ustaz Zahazan Mohamed, Gen-Q isu-3 page 8-9)

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
   “ Dan apabila hamba-hamba-Ku, bertanya kepadamu mengenai Aku (katakan) sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang berdoa, tatkala dia berdoa kepada-Ku, justeru sahutlah seruan-Ku.”
Antara hikikat kelebihan berdoa, hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
  “Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa”
      Selain itu Nabi s.a.w. juga menerangkan: “Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa.”
      Alangkah tepatnya bandingan yang dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal menerusi kitabnya Al-Zuhd, riwayat ke-371 tentang hakikat doa. Beliau berkata bahawa keperluan hamba kepada doa ini tidak ubah seperti seorang manusia yang hamper lemas di lautan, lalu dia memperoleh sebatang kayu untuk menyelamatkannya daripada karam. Beliau lantas mengucapkan. “ Ya Rab…..ya Rab!” Maka Allah s.w.t. dengan ihsan-Nya yang tinggi mampu menyelamatkan hamba tersebut daripada musibah itu.

DOA DAN IKTIAR
Berdoa, ertinya memohon sesuatu yang dihajati serta berhasrat memperolehinya. Hajat seorang hamba boleh dibahagikan dalam dua bentuk ; perkara yang boleh berlaku dan perkara yang mustahil berlaku.
      Memohon perkara yang mustahil berlaku merupakan perbuatan yang sia-sia, kerana doa itu tidak akan dimakbulkan oleh Allah. Sebagai contohnya; memohon agar dianugerahkan kenabian sedangkan telah dimaklumi tentang berakhirnya kenabian dengan perutusan Nabi terakhir- Nabi Muhammad  s.a.w.
      Memohon sesuatu perkara yang boleh berlaku pula memerlukan usaha. Kanun kejadian hukum Allah berpaksikan kepada asbab dan ‘musabbahat’. Allah s.w.t. dalam fitrah kejadian dunia dan isinya serta hubungan makhluk didalamnya mengkehendaki agar adanya usaha disamping berdoa untuk memohon sesuatu perkara itu menjadi kenyataaan.
      Sebagai contohnya: seseorang pelajar memohon agar dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagaimanapun, dia tidak pula melalui proses belajar yang teratur, masakan akan tercapai apa yang dihajatinya itu.
      Kesimpulannya, permohonan kepada Allah hendaklah disertai dengan ikhtiar atau usaha. Tanpanya, permohonan itu hanyalah suatu impian yang tidak akan membuahkan sebarang hasil.

BERDOA KETIKA KESUSAHAN
Sudah menjadi lumrah manusia meminta pertolonagn Tuhan hanya ketika berada dalam keadaan terdesak. Perkara ini disebut secara jelas menerusi beberapa tempat dalam al-Quran. Dalam waktu kritikal, hati kecilnya akan berbisik meminta ihsan Tuhan, walaupun sebelumnya dia seorang komunis atau ateis, yang tidak beriman dengan kewujudan Tuhan. Senario ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa firman-Nya.
     Antaranya dalam surah al-Rum ayat 33 yang bermaksud: “ Apabila manusia ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh kembali kepada-Nya. Kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat daripada-Nya, tiba-tiba satu golongan dalam kalangan mereka mempersekutukan Tuhan”.
      Dalam ayat lain pula, Allah berfirman dalam surah al-Zumar ayat 8 yang bermaksud:
“Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada-Nya. Kemudian apabila dia dianugerahi dengan nikmat daripada-Nya, dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu, dan dia menjadikan untuk Allah gandingan-gandingan bagi menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya”.

BERDOA SEBAGAI TANDA IMAN
Doa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri kepada Allah, kerana memohon kepada Allah adalah pengiktirafan bahawa hanya Allah Yang Maha Berkuasa memenuhi hajat manusia.
      Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-A’raf ayat 55-56 yang bermaksud:
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.”
      Daripada segala yang diterangkan di atas, dapatlah kita membuat satu kesimpulan penting bahawa doa merupakan ibadah. Menerusinya, seseorang hamba mampu menggamit rahmat Allah agar dikurniakan kepadanya. Wallahuaklam.
WebRepOverall rating

MENANGIS

Menangis ini bukanlah satu perkara yg mudah,kerna airmata itu bukannya dtg dari mata,ttapi ianya dtg dari hati murni yg lembut,org yg berhati keras macam saya dahulunya bukanlah senang handak mengeluarkan airmata yg begitu besar nilainya,&disini beranilah saya menyatakan ,bahawa barang siapa yg x pernah takut azab ALLAH diakhirat ,walaupun saya mahu pun siapa,maka boleh dikatakan ,bahawa hati ini lebih keras dpd batu,sbb batu pun pernah menangis di Zaman Rasulullah s.a.w. Disebuah kitab menyatakan,bahawa 1 hari Nabi sdg berjalan-jalan,tiba2 Nabi bertemu dgn seketul batu yg sedang menangis.Nabi hairan kerana begitu byk nampaknya batu itu mengeluarkan air,tiba2 dgn kuasa Allah batu itu berkata! Wahai Nabi! Nabi terperanjat & berkata: Wahai batu! "Mengapakah engkau menangis? & semenjak bilakah engkau menangis??". Lalu dijawab oleh batu tadi: "Aku menangis semenjak turunnya ayat suci Al-Quran,surah At-Tahrim,ayat 6,yg mengatakan, bahawa Allah berfirman: @>YA AYYUHALLAZI NA AMANU KU ANFUSAKUM WA AHLIKUM NA RON WAKUDU HANNA SU WALHIJARAT,ALAIHA MALAA IKATUN' GHILAZUN SHIDUN' LAYAK SUUNA ALLAH MA AMARA HUM WAYAF ALU NA MA YUK' MARON._(7) Yang Bermaksud: "Hai! Orang-org yg beriman,peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka,yag bahan bakarnya adalah manusia & batu;penjaganya malaikat-malaikat yg kasar,yg keras,yg x menderhakai Allah thdpa pa yg diperintahkannya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yg di perintahkan". (Surah At-Tahrim:ayat 6) Dpd ayat tsebut dapatlah kita ketahui,bahawa org2 yg dikatakan beriman itu,dia x menjaga dirinya sahaja,ttapi keluarganya,& anak isterinya juga dijaganya.Kalau dia sahaja yg berserban,berjubah,sedang kan isterinya mendedehkan aurat,& anaknya memekai skirt,dia sahaja yg kuat beribadah,ttapi kluarga & anak isterinya dibiarkan,dia xlah beriman,& akhirnya dia juga bersama2 ke neraka bersama-sama keluarga & anak isterinya. Seterusnya ayat tersebut menerangkan lagi,firman Allah s.w.t. mengatakan...,'YANG BAHAN BAKARNYA ADALAH MANUSIA DAN BATU'. . . Disinilah yg membuatkan batu itu menangis,apabila ia mendengar Allah mengatakan,bahawa batu akn jadi bahan bakar bagi api neraka.Sdgkan manusia x pun berasa gerun,jauhlah sekali menangis,begitulah kerasnya hati manusia.Sebab itulah saya mengatakan ,bahawa barang siapa yg x pernah menangis takutkan azab neraka,bolehlah dikatakan hatinya keras dpd batu.Sbb itu lembutkanlah hati kita,& janganlah sampai hati kita mati.Beringatlah saat kita bersumpah janji sebelum di lahirkan ke duni utk menjadi khalifah-Nya,kita juga menangis saat sebaik sahaja lahir yg kluar dari rahim ibu kita senditi mahupun secara pembedahan.Mungkin di situ,jelaslah betapa takutnya & besarnya tanggungjawab yg kita umat sekalian alam yakni hamba Allah harus pikul dalam mnjalani alam fana ini,,Di mana alam yg penuh ujian & dugaan utk mtahui sjauh mana keimanan & tahu mempergumakan peluang hidup yg ALLAH berikan dgn sbaiknya,.Ketahuilah,,hidup di dunia(fana) ini ssguhnya hanyalah sementara utk mncari & mengumpul buat hari pembalasan kelak(akhirat)... (--.) Wallahu a'lam bissowab~@

QANAAH

Kekayaan dan kebahagiaan sebenar bukanlah dilihat pada pangkat dan juga harta, bukan juga keturunan dan dan kecantikan rupa. Namun kekayaan dan kebahagiaan yang sebenar adalah sifat qanaah yakni rasa mencukupi atas segala kurniaanNya hingga timbul ketenangan jiwa dan keredhaan dlm menerima apa yg diberikan oleh Allah Ta'ala, hingga mana terpadamlah keresahan hati kerana sibuk memikirkan dunia.

Wednesday, 28 December 2011

temujanji

Hari ini mesyuarat Guru diadakan.Macam2 Pengetua,PK perkatakan.Mesyuarat berhenti pukul 11 pagi untuk santapan makan tgh,Lepas makan mesyuarat brsambung hingga dekat pukul 1.Tiba2 aku baru teringat aku kena berjumpa doktor .Apalagi aku terus capai beg dan lari keluar. Temujanji dgn doktor pukul 2,30 ptg. Misi ambil berat badan,ketinggian dan bp.

Thursday, 22 December 2011

hikmah solat dhuha


Bismillahirohmanirohim

Solat subuh sudah..sekejap lagi sekitar jam 7.30 pagi..matahari akan terbit..marilah kita sama2 mengerjakan solat sunat Dhuha..

Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”

Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.

Khasiat dan Fadilat

Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)

PANDUAN

(1) Setiap kali sujud akhir solat dhuha (sebelum duduk tahiyat), bacalah Ya Wahhab sebanyak 41 kali, Insya-Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah. (Al-Wahhab ertinya Maha Pemberi)

(2) Setiap kali selesai 2 rakaat solat dhuha, angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka. Allah SWT akan menghantar barakah dalam bentuk makanan. Walau sedikit manapun makanan, insya-Allah pasti cukup untuk seisi keluarga. (Al-Basith ertinya Maha Pelapang hidup)

(3) Doa Selepas Solat Dhuha

Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu
Dan keagungan itu adalah keagungan-Mu
Dan keindahan itu adalah keindahan-Mu
Dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu

Ya Allah,
Jika memang rizkiku masih di atas langit,
Maka turunkanlah ia,
Jika masih di dalam bumi,
Maka keluarkanlah ia,
Jika masih sukar,
Maka mudahkanlah ia,
Jika (ternyata) haram,
Maka sucikanlah ia,
Jika masih jauh,
maka dekatkanlah ia

Berkat waktu dhuha-Mu,
Keagungan-Mu,
Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,
Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.
Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.


Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani)

Monday, 19 December 2011

BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS

BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS..

Salam Ukhwah....

Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah.Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremukredamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa. Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar...

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...Sesekali menangis, percayalah..bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. SubhanAllah!!!

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai.

Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat Hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa...
—fieda Ali-

Monday, 12 December 2011

MAAF

ORANG yang paling CEPAT dalam MINTA MAAF adalah 'ORANG YANG PALING BERANI'..

ORANG yang paling CEPAT meMAAFkan adalah 'ORANG YANG PALING KUAT',,dan

ORANG yang paling CEPAT meLUPAkan KESALAHAN orang lain adalah 'ORANG YANG PALING BAHAGIA'... :) -Abdul Latif
-

REDHA

Seorang ulama berkata : "Orang yang mencemburui sambil berdengki dengan apa yang ada pada orang lain sebenarnya adalah sedang merungut dan memarahi keputusan Allah swt, lebih parah dia juga seolah sedang menuduh Allah itu tidak adil". Justeru, teruskan usaha dan redha dgn apa yg diperolehi, jadikan apa yg ada pada org lain sbgi motivasi utk ke hadapan sambil memastikan jalannya diredhai Allah & RasulNya.

-zaharuddin.net-

UJIAN ALLAH

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

DISERANG SAKIT KEPALA

ALHAMDULILLAH SETELAH 2 HARI SAKIT,AKU SUDAH KEMBALI SEMBUH ,RASA SYUKUR TERAMAT SANGAT KERANA DAPAT MENJALANKAN KEWAJIPAN KEPADA YA ALLAH DENGAN RASA KUSYUK DAN TAWADUK.MEMBUAT KERJA RUMAH DENGAN HATI YANG SERONOK DAN BAHGIA.

Monday, 5 December 2011

KISAH MASYITAH


。★"。☆ "Seharum Pusara Masyitah" 。★"。☆

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Masih ingat kisah Masyitah? Salah seorang serikandi Islam yang dijanjikan syurga oleh Allah kerana tekadnya beliau memegang tauhid Allah hingga ke hujung nafasnya. InsyaAllah, mari kita susuri kisah tokoh Islam yang sangat berani ini, lalu mengambil kekuatan daripada beliau, betapa kukuh pegangannya memegang tali Allah.

Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil. Hazaqil ialah seorang yang amat dipercayai oleh Fir’aun, manakala Masyitah pula adalah penyisir rambut anak Fir’aun. Mereka amat taat dan beriman kepada Allah SWT namun, mereka berjaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fir’aun.

Disebabkan Hazaqil menentang Fir’aun kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya terhadap Allah, maka beliau turut dijatuhkan hukuman mati. Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh dengan ditembusi anak panah. Isterinya, Masyitah sangat bersedih atas kematian suaminya itu.

Pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisir tersebut terjatuh ke lantai, lalu Masyitah pun berkata tanpa disangka-sangka:

“Dengan nama Allah, binasalah Fir’aun.”

Disebabkan marah, anak Fir’aun telah mengadukan perkara tersebut kepada ayahnya. Lalu, Masyitah pun dipanggil oleh Fir’aun untuk disoal siasat.

Ketika disoal sama ada benar atau tidak dia menghina Fir’aun, Masyitah mengiyakan tanpa rasa takut atau gentar. Lalu, Fir’aun menjadi murka. Dua pilihan diberi kepada Masyitah, samada dia mengatakan Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah atau jika dia ingkar, dia dan anak-anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Masyitah tetap dengan keimanannya. Namun, dia merasa sedikit ragu apabila melihat wajah kedua anaknya. Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, anak yang masih menyusu itu berkata;

“Jangan bimbang wahai ibuku. Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT. Pintu syurgaNya akan terbuka luas menunggu kedatangan kita.”

Lantas, tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak panas yang sedang menggelegak itu bersama kedua anaknya. Tiada sebarang tangisan ataupun jeritan yang kedengaran. Malahan keajaiban telah terjadi dengan kehendak Allah. Minyak yang sedang menggelegak itu tiba-tiba mengeluarkan haruman yang semerbak.

Demikianlah kisah Masyitah. InsyaAllah, semoga kita semua akan dapat mengambil hikmah dan mengikuti jejak langkahnya, meninggal di dalam keadaan yang teguh menggenggam Kalimah Tauhid yang agung.

--------------------------
------------------

Letakkanlah diri kita sekarang di dalam situasi yang dialami oleh Masyitah. Adakah kita akan tetap memegang Tauhid Allah, atau sanggup kita melepaskan Islam & Allah kerana takut dengan minyak yang mendidih & menggelegak itu?

Sesungguhnya, tetaplah berpegang teguh kepada Allah. Berpeganglah pada hukum Allah, dari Dia kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali..

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Allah telah memberikan kekuatan, keyakinan & keberanian kepada mereka untuk tetap berpegang kepadaNya kerana mereka sentiasa yakin & percaya dengan kekuasaan & pertolongan Allah. Pengajaran inilah yang paling penting untuk kita semua agar iman kita akan terus dikukuhkan oleh Allah. insyaAllah..

Mudah-mudahan, kembalinya kita kelak, walau tidak seharum pusara serikandi agung Masyitah, sekurang-kurangnya, dapatlah kita meraih keredhaan Allah.. amiin ya rabbal 'alamin..

BERDIAM DIRI BILA DIMAKI ORANG

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakang dan bertanya mengapa. Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu......-USTAZ NASIR-