Ayat ke 19 dalam surah An-Nur itu tadi sebenarnya diturunkan untuk menempelak golongan yang cuba memfitnah Saidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan mengenai kisah fitnah Saidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Kisah ini berlaku ketika Nabi dan rombongannya dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah selesai peperangan. Rombongan Nabi telah singgah di suatu tempat untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Ketika rehat, ‘Aisyah keluar dari usungannya untuk mencari tempat qada' hajat tanpa disedari oIeh Rasulullah atau sahabat-sahabat yang lain yang akhirnya beliau tertinggal dan dibawa oIeh seorang sahabat.
Kepulangan Saidatina ‘Aisyah dengan diiringi oIeh Safwan bin Al-Mu'atthal telah menggembirakan golongan munafiqin. Mereka merasakan ini adalah peluang terbaik untuk mencemarkan kemuliaan Nabi dan maruahnya. Mereka terus menanam jarum-jarum fitnah dengan menyebarkan tohmahan bahawa Safwan telah melakukan sesuatu yang tidak baik dengan isteri Rasulullah s.a.w. Racun-racun fitnah tersebut telah meresap dalam masyarakat sehingga keadaan menjadi kecoh dengan setiap orang menceritakan berita atau isu yang sama.
Allah menempelak perbuatan menyebarkan fitnah ini dalam surah An-Nur ayat 14 -15 yang bermaksud:
"Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa ‘azab yang besar kerana perbicaraan kamu tentang berita bohong itu. Ingatlah di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja pada hal ia di sisi Allah adalah besar. Dan mengapa kamu tidak berkata di waktu mendengar berita bohong itu?. Sekali-kali tidaklah harus bagi kita memperkatakan ini. Maha suci Engkau (Ya Tuhan kami) ini adalah dusta yang besar".
Fitnah yang disebarkan oIeh golongan munafiqin ini telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada Nabi dan sahabat-sahabatnya. Justeru para ulama ketika membincangkan perkara ini telah bersepakat bahawa sesiapa yang terlibat memfitnah dalam isu Al-Ifq ini, dia dihukumkan sebagai terkeluar daripada Islam. Jika tidak bertaubat maka orang itu wajib dibunuh kerana menghina dan menjatuhkan maruah Rasulullah. Bahayanya penyebaran fitnah ini sehingga memaksa Rasulullah s.a.w. mengeluarkan perintah hukuman had terhadap tiga orang sahabat yang terlibat sama dalam fitnah ini dengan disebat setiap daripada mereka dengan 80 sebatan.
No comments:
Post a Comment