Thursday, 15 September 2011

USIA TUA

Menyesuaikan Diri Anda Di Usia Tua
Usia tua adalahs au fasa di dalam perjalanan hidup. Ianya boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna
Diperingkat usia tua beberapa perubahan berlaku. Antaranya :-
Perasaan Keseorangan Dan Kesunyian Disebabkan :-
  • Kehilangan pasangan hidup
  • Kehilangan teman-teman
  • Berjauhan dengan anak-anak
  • Kekurangan upaya untuk bergerak
Kesempitan Kewangan Kerana :-
  • Bersara
  • Peningkatan perbelanjaan untuk rawatan perubatan
Perubahan Pada Tubuh Badan
  • Pergerakan dan tindakbalas menjadi lembap
  • Kurang daya ingatan
  • Lemah sendi dan otot
  • Kurang daya penglihatan dan pendengaran
  • Masalah tidur
Tanda-tanda awal anda tidak dapat menyesuaikan diri di usia tua :-
  • Cepat marah
  • Sentiasa merasa letih dan lesu
  • Mudah risau
  • Kesedihan yang berlarutan
  • Sukar menjalankan kehidupan seharian
  • Mudah lupa
  • Gangguan tidur
  • Kurang selera makan
PETUA KE ARAH KESIHATAN MENTAL YANG BAIK
Luahkan/kongsi masalah anda dengan orang lain
  • Kongsi masalah dengan orang lain dapat membantu anda
Luaskan Pergaulan
  • Bertemu semula dengan kawan-kawan lama
  • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan atau kelab
Penuhi Waktu Sebaik-baiknya
  • Membaca
  • Berkongsi hobi atau kegemaran dengan keluarga, sab\nak saudara, jiran dan kawan
Jaga Kesihatan Diri
  • Bersenam selalu
  • Makan makanan yang seimbang
  • Minum air yang banyak
Lakukan Aktiviti-Aktiviti Bersama Keluarga. Eratkan Ikatan Kekeluargaan
  • Bersiar-siar, menonton wayang, makan di luar
  • Berkongsi hobi
  • Berbincang mengenai permasalahan keluarga/ isu-isu semasa
Bersikap Realistik Mengenai Perubahan Dalam Aspek :
  • Kekuatan fizikal
  • Daya ingatan
  • Daya tumpuan
Ketahui Hak-Hak Anda
  • Diskaun untuk wargatua
  • Kemudahan kesihatan
  • Bantuan kewangan
  • Bantuan kebajikan

No comments:

Post a Comment