TAZKIRAH CINTA
by Ana Ukhti Nur Farhana on Monday, September 12, 2011 at 5:13pm
TAZKIRAH CINTA- dipetik daripada kad jemputan walimah seseorang yang boleh dijadikan renungan bersama..insyaAllah..
Cinta merupakan satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Mana mungkin manusia di muka bumi ini hidup tanpa memiliki walau secebis pun perasaan ini.
..
Ini kerana cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia. Cinta yang betul adalah yang disalurkan kepada yang berhak. Sudah pastilah yang berhak mengecapi cinta setiap insan ini adalah kedua ibu bapa mereka. Walau bagaimana pun ini tidaklah menafikan cinta pada yang paling berhak iaitu cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
..
Sesetengah orang di luar sana mungkin menganggap apabila kita bercakap mengenai agama maka tidak ada sesuatu pun yang bernama cinta. Fahaman ini sememangnya bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam sendiri. Seperti apa yang kita semua ketahui,cinta ini bermula semenjak permulaan kehidupan lagi iaitu bermula daripada penciptaan Adam as.
..
Nabi Adam as selepas diciptakan dan tinggal di syurga, dia merasakan seolah-olah ada sesuatu kekurangan. Oleh itu Allah swt telah menciptakan buatnya Hawa' daripada tulang rusuknya sendiri sewaktu dia sedang tidur.
..
Apabila dia terjaga dari tidurnya, dia mendapati ada seseorang berdekatan dengannya.
.
Kemudian Nabi Adam as bertanya:
Siapa kamu?.
Jawabnya: Aku seorang perempuan.
Siapa nama kamu? Hawa'.
Untuk apa kau diciptakan?
Supaya engkau merasa aman dan tenang (litaskunu ilaiyya).
.
..
Jelas daripada perbualan Adam as ini bahawa setiap "adam" di dunia ini sehinggalah hari kiamat tidak akan ada ketenangan dan keamanan bagi mereka melainkan berada di sisi "hawa".
WAALLAHU ‘A3LAM …BISSOWAB~~

salam..tumpang...nak lagu yg awk pasang ... seindah hati kita walau kita terpisah...lagu sape n tajuk ape leh..suka laa lagu tu
ReplyDelete