Thursday, 15 September 2011

HUJAN

Bila langit mulai mendung...Tanda2 nak hujan lah tu !!!

Berapa ramaikah di kalangan kita yang merungut dan mengeluh apabila hujan turun?

“Ish, tak keringlah baju yang dibasuh kalau asyik hujan aja…”
“Alahai… hujan lagi… hmm…”
“Tiap-tiap hari hujan… susahlah macam ni…”
“Susahlah nak buat apa2 kalau hujan…”
“Hmm… hujan tak henti2.. tak boleh balik lagi lah jawabnya…”

Mungkin sebelum ni kita tidak tahu atau terlupa. Baru hari ini kita tahu, sedar dan teringat bahawa Allah SWT turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya dan ada juga sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana ? Itu semua rahsia Allah. Harus diingatkan juga, rahmat yang datang bersama turunnya hujan, tidak hadir begitu sahaja. Bahkan ketahuilah sesungguhnya turunnya hujan itu juga adalah mengikut sukatan yang tertentu.

"Dan Kami turunkan air dari langit menurut kadar sukatannya, lalu Kami tempatkan air itu di bumi; dan sesungguhnya Kami berkuasa melenyapkannya." (Al-Mu’minun, 23: 18) Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah waktu hujan mula turun.. Insya-Allah, setiap doa itu Allah SWT makbulkan.
N

No comments:

Post a Comment