Motivasi diri – 3 tips bagaimana untuk mengurangkan fikiran negatif [bahagian ketiga]
OK, seperti yang dijanjikan, artikel kali ni akan memaparkan langkah-langkah bagaimana untuk mengurangkan fikiran negatif. Secara logiknya, fikiran negatif banyak bersarang dalam minda kita kerana kita kurang membaca, mendengar, melihat dan menonton maklumat-maklumat positif yang ada di sekeliling kita.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengurangkan fikiran negatif:
1. Latih diri untuk melihat pada aspek-aspek positif disebalik yang negatif.
Jika Anda melihat, menonton atau membaca berita, cari aspek-aspek positif dalam berita tu. Amalan ni melatih fikiran Anda supaya terfokus kepada aspek-aspek positif lantas melatih fikiran Anda supaya menjadi fikiran positif. Sebagai contoh, katakan Anda sedang membaca berita kenaikan harga minyak. Dah tentu Anda terkejut dengan apa yang Anda baca.
Untuk mengurangkan fikiran negatif, cari aspek-aspek positif disebalik berita tu. Misalnya, mungkin kenaikan harga minyak tu menjadi petanda untuk Anda berusaha cari duit dengan lebih rajin lagi supaya Anda ada duit yang cukup untuk membeli minyak juga keperluan-keperluan lain.
2. Bercakap hanya hal-hal yang positif sahaja.
Orang-orang bersikap negatif bercakap mengenai orang lain. Orang-orang positif bercakap mengenai sesuatu idea, cadangan baru, pendapat baru, perancangan baru dan berbincang mengenai langkah-langkah baru yang boleh digunapakai untuk kemajuan diri masing-masing.
Nampak tu, ada beza besar kan?
Untuk mengurangkan fikiran negatif, sebaiknya elak untuk bercakap mengenai hal orang lain, perihal diri mereka serta perkara-perkara yang berkaitan.
Cakap dan fikir hal-hal positif serta aspek-aspek positif yang ada pada orang disekeliling Anda serta pada sesiapa saja yang berinteraksi dengan Anda seperti bos Anda, rakan sekerja Anda, ibu Anda, bapa Anda, adik beradik Anda, kawan-kawan Anda. Latih diri untuk memfokus aspek-aspek positif yang mereka ada.
3. Banyakkan membaca artikel-artikel motivasi positif.
Baca artikel-artikel motivasi pendek yang membina di waktu pagi, tips motivasi yang ringkas dan straight to the point. Di waktu pagi, kala fikiran masih segar bugar, mudah untuk ia menerima masuk segala apa yang kita baca. Bila kita baca yang positif, maka yang positif tu le akan masuk ke fikiran kita. Makin banyak kita baca yang positif, makin positif fikiran kita jadinya.
Lama kelamaan bila dah selalu buat camni, akar fikiran positif akan semakin membesar di minda kita, menjadi subur lalu membesar. Syaratnya, kena konsisten buat, bukan positif seminggu dua saja.
3. Kawal perkataan yang Anda baca, yang Anda kata dan yang Anda lihat di mana-mana.
Perkataan yang kita baca, yang kita ucap dalam kata-kata dan yang kita lihat merata-rata sebenarnya boleh mempengaruhi fikiran kita. Apa yang kita cakap dalam perbualan seharian pun akan mempengaruhi fikiran kita dan merubahnya menjadi fikiran positif atau fikiran negatif.
Biar apa yang anda fikir selari dengan apa yang Anda kata. Jika di fikiran Anda positif, di dalam kata-kata Anda pun kena positif supaya fikiran Anda sentiasa positif secara keseluruhannya lantas mengurangkan fikiran negatif.
Jika di dalam kata-kata Anda positif tapi di fikiran Anda masih negatif, fikiran negatif Anda masih tak dapat dikurangkan sepenuhnya. Kedua-duanya kena selari.
4. Jadilah seseorang yang baik hati, berperangai baik, bercakap yang baik-baik.
As simple as that! Fikiran negatif dapat kita kurangkan dengan berkelakuan baik, ikhlas dari hati bukan yang dilakonkan. Be good to people dan kekalkan sikap tu untuk 12 bulan yang akan datang. Jadikannya azam anda, biar kemahuan untuk berubah tu membara dari sehari ke sehari.
Perbuatan kita akan membentuk fikiran kita, begitu juga sebaliknya di mana fikiran kita boleh mempengaruhi perbuatan kita. Jika Anda mahu berfikiran positif, latih diri Anda berkelakukan positif dengan mengubah diri menjadi seorang yang baik hati.
Bantu sesiapa saja, gembirakan sesiapa saja, beri semangat pada sesiapa saja. Anda akan perasan fikiran Anda berubah menjadi positif bahkan menjadi semakin positif dari sehari ke sehari.
Kita tak boleh merubah sesuatu dalam diri kita secara mendadak.
Boleh tu memang boleh tapi kesannya sekejap saja. Biar perubahan berlaku secara bertahap supaya kesannya mendalam lagi berkekalan.

No comments:
Post a Comment