Bismillahirrahmanirrahim...
Kisah yang cuba ku utarakan disini berkenaan kisah seorang lelaki yang bernama Abdullah.Abdullah adalah seorang pemuda yang sangat taat kepada agamanya.Sejak dizaman persekolahan lagi dia telah menerima tarbiyah(didikan) drp para gurunya sehingga ia menjadi seorang pelajar cemerlang dan memiliki budi pekerti yang baik.
Dizaman persekolahan,dia melihat ramai dikalangan kawannya yang terlibat dengan kegiatan couple atau alam percintaan remaja.Kawan-kawannya ramai yang telah hanyut dalam buaian cinta remaja.Namun ia memandang ke dalam dirinya bila mana kawan-kawannya mengatakan kepadanya kenal dulu pasangan baru kahwin.Abdullah terfikir,awalnya nak fikir soal ni..tidakkah ia membazir waktu sebab usia belasan tahun perlu digunakan utk menimba ilmu Allah swt.
Namun kerana fitrah seorang insan,Abdullah juga terasa untuk meminati kaum hawa dalam usia belasan tahun.Dia tak dapat mengelak dengan kehadiran perasaan itu.Namun,apabila berdepan dengan kaum hawa,dia mula menundukkan kepala serta menunjukkan simptom malu dan rasa bersalah,tak selesa,hatinya berdebar-debar.
Sepanjang zaman persekolahannya,dia tak pernah telibat dengan budaya 'couple'.Abdullah merasakan terlalu awal utk dia terlibat dalam hal-hal seperti itu.Dia perlu mengejar cita-cita dahulu sebelum mengejar cinta yg hakiki(selepas kahwin).Dengan pertolongan Allah swt,dia dapat melalui zaman persekolahannya tanpa telibat dengan gejala 'couple'.
Setelah itu dia memasuki alam matrikulasi selama setahun.Alhamdulillah,di matrik tempatnya mengasah kemampuan otak dan belajar skill2 dakwah.Abdullah join pusat Islam Matrikulasi dan terlibat dalam exco penerbitan dan informasi surau.Melalui bidang penerbitan inilah dia mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan.Biasanya artikel akan dikeluarkan pada hari jumaat.Di matrik,memang makin bertambah tabiat bercouple ni samada couple yg digelar secara islamic ataupun baratic,=).
Dalam melayari hidup fitrah insani,Abdullah juga tak terlepas dengan ujian 'jatuh cinta'.Bila terasa saat jatuh cinta,dia terus memberitahu ustaznya.Ustaz..ana jatuh cinta dengan seorang muslimah ni tapi ana tak luahkannya dan dia sendiri pun tak tahu.Ustaznya hanya tesenyum...itulah fitrah yg ada dalam diri manusia,namun fitrah itu perlu diletakkan pada tempat yang betul.Macam mana ustaz?Fitrah itu perlulah diletakkan pada jalan perkahwinan.Ooo,syukran ya Ustaz,baru ana faham...Ustaz memberi pesanan,enta berdoalah selalu agar dikurniakan pasangan hidup yg beragama,solehah,cantik,keturunan baik dan subur utk melahikan zuriat keturunan.InsyaAllah,ketenangan akan bersama dengan enta...=),insyaAllah..akan besambung.Nantikan sambungan akn datang...=)
nukilan:Ustaz Hafizaidi
No comments:
Post a Comment