ambungan
Atas nasihat ustaz di matrikulasi,Abdullah sedar bahawa cinta itu adalah fitrah.Ia tetap hadir dlm dirinya.Namun,cinta itu perlu dikawal sebelum tiba saatnya.Sepanjang di matrikulasi,dia hanya fokus dengan pengajiannya dan mengikut aktiviti-aktiviti untuk mentarbiyyah diri.
Alhamdulillah,Abdullah ingin memelihara dirinya drp terlibat dengan cinta yg berunsurkan nafsu.Abdullah cuba menghindarkan diri drp berhubung dgn muslimat kecuali atas urusan gerak kerja dakwah.Dia lebih banyak mendiam diri sehingga ada kalangan muslimat menganggapnya sombong,Namun..dia tetap tersenyum dan bersabar.
Suatu ketika,terdetik di hatinya meminati seorang muslimah yg sama2 bergerak kerja dlm dakwah di Pusat Islam matrikulasi.Namun,dia tak meluahkannya.Ada di sudut hatinya ingin menyatakan hasratnya terhadap muslimat tersebut namun ia tak berani dan malu. "Adakah ini dinamakan sebuah CINTA yang hadir dlm lubuk hati seorang manusia?"
Terlalu awal sebenarnya untuk dia memikirkan soal itu,namun desakan drp jiwanya menyebabkan fikirannya beralih kepada soal cinta.Kadang-kadang ia teringat kisah percintaan Adam & Hawa di syurga.Seorang lelaki akan tertarik dengan seorang wanita kerana hadirnya perasaan cinta.Rupanya itulah fitrah insani yang perlu kita terima dan akui dalam diri kita.
Namun,usianya 18 tahun.Masih terlalu awal untuk dia terlibat dalam kancah cinta remaja yang kadang-kadang menghasilkan kesan negatif kepada individu.Dia tak mahu cinta yg bersifat FITRAH menjadi FITNAH.Itu yang dibimbanginya.
Hari berganti hari,Abdullah sibuk dengan pelajarannya sehingga ia tidak lagi memikirkan soal cinta remaja kerana fitrah cinta ITU akan hadir,insyaAllah...dengan kesibukkan belajar,fikirannya beralih kepada kecintaan kepada ILMU.Hari demi hari,dia menumpukan sepenuh perhatian kpd ILMU...=)
Bersambung...=)
No comments:
Post a Comment