Me! I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D
Semalam saya buat air soya sendiri. Hehehehhe Air soya buatan tangan sendiri. Asyik dok nak membeli air soya je kan, baik kita buat sendiri. Betul tak? Lagipun abang dah siap-siap beli kacang soya. Apakah maknanya itu?? Hehehehhe
Okeh, Tanpa membuang masa, meh saya kongsikan bersama cara-cara nak buat air soya.
Bahan dia senang je:
1. Kacang soya
2. Gula atau Gula melaka ( ikut suka)
3. Daun pandan
4. Kain kasa / kain jarang / penapis teh yang bersih pun ok.
Cara-cara untuk membuat air soya:
1. Mula-mula basuh dan rendam dulu kacang soya tu sepenuhnya dalam bekas semalaman. Ataupun pagi-pagi tu pun boleh jugak. At least 8 jam. Atau sampai kembangla.
Ni kacang soya yang dah kembang.
2. Bila dah kembang, toskan kacang soya tu dan buang kulit soya tu. Kemudian, kisarkan kacang soya tu dengan blender/mesin pengisar bersama dengan air. Saya guna blender je… 3. Lepas dah kisar, tuangkan ke dalam kain kasa/kain yang jarang, kemudian perah kacang soya tu untuk menghasilkan air soya. Sisa-sisa kacang soya yang selepas di perah tu boleh la di buang.
4. Bila habis semua kacang siap dikisar dan di perah, masukkan daun pandan ke dalam periuk yang berisi air soya tu, kemudian masak dengan menggunakan api yang perlahan. Kena tengok2 sebab semalam saya guna api kuat, dia membuak ke luar. Nasib sempat perasan. Hehehhehehhe Boleh masukkan gula masa tu, atau pun bila dah siap nanti.
Bila dah menggelegak, boleh la dihidangkan untuk berbuka. Sama ada nak panas atau sejuk. Saya lagi suka panas kalau time berbuka. Terasa puas sangat. Oh, sebabkan ni first time saya buat air soya sendiri ni, adalah cacatnya.. Saya letak terlebih gula masa masak tu. Heheheh Tak pandai budget lagi. So, next time saya dah siap masak baru saya letak gula. Hehehehehe
Kalau simpan dalam peti ais, boleh tahan 2-3 hari… So, apa lagi… meh cuba buat sendiri air soya yang berkhasiat tanpa bahan pengawet. Puas hati pun ye sebab takde la terasa tawar je soya dia..
No comments:
Post a Comment